Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya ingin kongsikan 10 tip yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan dengan fotografi. Sebenarnya ada banyak cara kita boleh menjana pendapatan melalui fotografi. Rajin atau tidak saja. Cara ini telah saya praktikan dan alhamdullilah boleh membantu sedikit sebanyak.

  1. Fotografi perkahwinan
  2. Merakam stock photo
  3. Fotografi majlis
  4. Aerial photography dengan drone
  5. Mengajar fotografi
  6. Fotografi keluarga
  7. Fotografi Konvo
  8. Potret model & compcard
  9. Studio fotografi
  10. Sport photography

Fotografi Perkahwinan

Ya, memang benar fotografi perkahwinan boleh membantu anda meningkatkan pendapatan. Samada anda memilih untuk menjadi jurugambar separuh masa ataupun sepenuh masa, sumber rezeki ini memang luas dan banyak. Setiap tahun, pendaftaran perkahwinan di Malaysia adalah beratus ribu pendaftaran jumlahnya. Walaupun dengan lambakan jurugambar yang ada dipasaran hari ini, sebenarnya masih ada ruang untuk anda bersaing dan mendapatkan pendapatan daripada bidang ini.

Fotografi perkahwinan juga agak mudah dipasarkan hari ini. Penggunaan media social boleh membantu meningkatkan brand anda. Bagaimanapun anda mungkin perlu belajar lebih sedikit sebelum menjalankan perniagaan ini. Anda perlu benar benar mahir dengan kamera setting, komposisi, lighting, portrait posing dan editing supaya dapat menghasilkan artwork yang diperlukan oleh pelanggan.

fotografer kahwin

Merakam Stock Photo

Ramai yang masih tidak pernah mendengar tentang stock photo. Stock photo adalah gambar yang anda rakamkan secara bebas, dan kemudian anda letakkan didalam website penjual gambar seperti shutterstock.com atau gettyimages. Anda bebas meletak gambar apa pun. Bagaimanapun mereka akan melihat satu persatu gambar yang anda rakam, dan proses kelulusan pun amat tegas.

Sesetengah pemain stock photo boleh mendapat pendapatan sehingga 1000 dolar sebulan, itu adalah lebih kurang RM4000. Ada juga pemain antarabangsa yang menjana pendapatan berpuluh puluh ribu ringgit kerana menjalankan perniagaan ini secara bersungguh sungguh. Jika anda ada gambar travel atau macro… jangan biarkan didalam harddisk saja, cuba upload ke laman laman ini dan lihatlah hasilnya.

shutter stock

Fotografi Majlis

Fotografi majlis adalah satu bidang fotografi yang boleh memberikan pendapatan lumayan. Sebagai contoh, sebuah majlis makan malam oleh sesuatu syarikat, kebanyakannya akan memanggil jurufoto professional untuk merakam gambar tersebut. Sekiranya anda mempunyai networking yang kuat, dan rajin memasarkan perniagaan fotografi anda, insya allah ruang untuk menerima tawaran kerja ini lebih luas. Setiap hari, syarikat syarikat dimalaysia mengadakan majlis pelancaran, perasmian dan pelbagai bagai lagi. Anda mungkin perlu banyakkan berjumpa orang untuk mengetahui lebih banyak peluang kerja.

Aerial Photography dengan Drone

Aerial photography hari ini adalah amat murah dan mudah dilaksanakan. Drone seperti Mavic Air boleh membantu anda mendapatkan imej yang berkualiti tinggi dan mudah diterbangkan. Harganya pula adalah amat murah dan mampu milik. Anda mungkin perlukan lebih banyak stock bateri untuk terbang lebih lama. Jika anda ingin menghasilkan gambar yang lebih berkualiti, anda mungkin boleh mendapatkan drone seperti phantom 4 atau inspire.

Mengajar Fotografi

Yes, mengajar fotografi seperti saya boleh mendatangkan pendapatan juga. Walaupun saya tidak pernah terfikir untuk mengajar fotografi dulu, tapi mungkin kerana saya mudah berkongsi ilmu, ramai yang meminta saya menjalankan kursus. Bagaimanapun untuk menjadi trainer dalam fotografi, anda perlulah praktis fotografi dahulu. Anda juga perlu banyak membaca, rajin update ilmu fotografi, dan mampu menyampaikan ilmu dengan terang.

Perlu juga ada ilmu cara mengajar, serta kesabaran yang tinggi. Jangan pula dimaki peserta itu jika kurang memahami apa yang diajarkan. Saya fikir kalau seorang trainer itu dibayar, kemudian memanggil hasil kerja peserta sebagai sampah, beliau ada masalah komunikasi sebagai manusia. Jika kita menghormati manusia lain, kita takkan menyebut atau merendah-rendahkan mereka. Sebaliknya berusaha untuk memberikan yang terbaik adalah sesuatu yang diperlukan. Saya berpegang dengan prinsip bahawa, seorang trainer seharusnya mampu memberikan aspirasi terbaik, dan memotivasikan peserta mereka untuk meneruskan usaha mencari ilmu dan menambah kemahiran walaupun selepas habis kursus. Sekiranya seseorang mengeji anda atau karya anda sebagai sampah, mampukah anda menghormati beliau dan menerima nasihatnya utk tekun belajar?

Sesetengah org mungkin boleh, tapi saya yakin kebanyakan tidak.

Fotografi Keluarga

Fotografi keluarga boleh dilakukan distudio, di rumah atau secara outdoor. Bezanya adalah setup studio lebih cepat, gambar lebih “fixed” dan mudah dilaksanakan. Shooting dirumah client memerlukan proses travel, setup dan jika rumah customer tak berapa menarik, editing atau proses mengemas perlu dijalankan. Jika dibuat secara outdoor, kreativiti adalah lebih luas, akan tetapi kita perlu berhadapan dengan karenah cuaca.

Apa cara yang anda pilih pun, anda perlu membuat proses marketing yang hebat. Menjadi unik dan sangat kreatif dalam gambar anda adalah sesuatu yang penting. Parent memang sanggup membayar mahal jika hasilnya berbaloi.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *