Cara sync tarikh dan masa gambar dari banyak kamera

Pernah tak korang shoot secara beregu, dan bila balik korang dapati date and time tak sync… horror tak?

walaupun sekarang masalah ni sangatlah jarang terjadi sebab kita sync guna NTP… tapi kekadang ada jugak  yang…. hahah.. geram je.. nak citer pun malas.

Ok takpe… itu benda yang dah jadi… so.. kalau dah jadi? camne nak repair?

Jgn takut… lightroom boleh je repair. Follow je ikut video penerangan saya ni. Insya allah hidup akan lebih bahagia dan tenang.

 

Camera Raw Plugin Terbaru – Mana nak dapat?

Salah satu isu yang membelenggu ramai jurufoto yang kurang mahir sikit dalam i.t adalah masalah camera raw. Selalunya masalah ni datang bila dia nak bukak RAW file kat ps dan tetiba takleh bukak pulak.

So do not fret… saya ada solution untuk anda. (BTW, semua masalah ni tak timbul jika anda pakai full licensed version. My license on off.. hehe, bila ada job baru bayar. Takde job, saya run trial atau alternative mode). 😛

  1. So anda ada problem ni?

2. Bukak google…taipkan apa yang anda cari. Try first hit… selalunya ia akan menjadi

3. Sekarang saya rasa kita ditempat yang betul… YESS!!!

4.  Scroll down kebawah sikit. Perhatikan link download dibawah. Klik satu yang berkenan dihati (dan ikut spec komputer anda)

 

5. Sekarang kita akan dibawa product page untuk DNG converter 9.10. Bolehlah download dan install.

Cara mudah meletak watermark dalam gambar

Sebenarnya meletak watermark sangat mudah. Guna photoshop lambat kalau nak buat watermark ni. Even kalau guna image processor pun lambat. Better guna LR. mudah, simple, boleh manage.

Ni Panduan Secara Visual yang saya telah sediakan khas untuk anda.
So lepas ni bolehlah hasilkan watermark yang menarik dengan mudah ye.

3 teknik menggunakan speedlite yang wajib kita tahu

Menggunakan speedlite sebenarnya bukan sekadar on kan flash dan petik picu kamera. Speedlite adalah satu alatan fotografi yang sangat powerful dan jika digunakan bersama pengetahuan yang baik, ia boleh memberikan hasil yang sangat baik.

Bounce utk kualiti cahaya paling lembut

Apabila bercerita tentang merakam foto, kita perlu memahami dengan jelas apa yang kita rakam. Merakam portret akan memerlukan kita mempertimbangkan keperluan untuk menggunakan cahaya yang lembut.

Teknik bounce ke siling adalah teknik paling mudah untuk mendapatkan cahaya yang lembut. Cahaya lembut akan menjadikan tekstur kurang kelihatan dan kulit kelihatan lebih bersih, kurang berkedut dan lebih anjal.

Speedlite sangat berguna di waktu terik

Siang hari dah panas terik? kenapa nak pakai speedlite?Ha, tu la antara rahsia yang saya selalu share dalam bengkel fotografi lanjutan saya. Sebenarnya, bila kita shoot waktu siang, kita akan mengalami masalah background yang terlalu cerah. So…selalunya kita nak latar belakang yang lebih gelap, atau tak la jadi putih saja. Jadi disini speedlite diperlukan dimana, kita akan menggunakan ISO aperture shutter untuk menggelapkan latarbelakang, dan seterusnya menggunakan cahaya flash untuk mencerahkan subjek.

Dalam gambar dibawah saya menggunakan strobe Godox wistro ad600 dan menggunakan teknik HSS untuk memastikan saya boleh menggunakan shutter speed yang mencukupi untuk menggelapkan latarbelakang.

 

Kita boleh guna Speedlite untuk shoot produk

Ramai juga yang datang pada saya, minta advice apa studio lighting strobe nak beli, sedangkan mereka dah mempunyai tools yang cukup.

Sebenarnya guna speedlite pun boleh untuk shoot product, apatah lagi product yang kecil kecil macam baju budak ni. Kalau kita mempunyai unit speedlite yang mencukupi, kita boleh pastikan latar belakang juga cukup putih sampai tak perlu edit sikit pun (dari segi brightness)

Jadi kalau anda dah mempunyai flash, anda dah boleh je nak shoot indoor untuk produk, cuma maybe kena creative sikit. Insya Allah kalau anda perlukan khidmat nasihat saya dalam hal ni saya sedia membantu. Boleh arrange consultation session bagaimana anda boleh setup whitestudio sendiri tanpa kos yang terlalu banyak.

 

Sekitar Aktiviti Coverage Fotografi JomNikah Putrajaya 2017

Assalamualaikum wbt

Alhamdullilah aktiviti jomnikah ni berjaya juga dilaksanakan. 25 pengantin telah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada hari tersebut.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh Yayasan Kebajikan Malaysia atau MCCF yang diperbadankan dibawah badan hal undang undang Jabatan Perdana Menteri.

Program ini mendapat tajaan dari pelbagai syarikat.

Dari segi photo coverage pula saya sebagai jurulatih fotografi sekadar menggalak dan mengumpulkan jurufoto jurufoto yang berminat untuk menjadi sukarelawan pada program tersebut. Alhamdullilah ianya mendapat sambutan memberangsangkan dan sebanyak 24 orang jurufoto telah hadir menyumbang tenaga dalam program ini.

Kami telah mengkoordinasikan tugas kami melalui group whatsapp saja. Dan semua yang hadir ini adalah 100% sukarelawan tanpa mengenakan sebarang bayaran sedikit pun.

Antara Gelagat Jurufoto yang terlibat