5 website hosting terbaik pada tahun 2017

“*Jika anda busines owner dan nak buat website, nak focus pada business saja, bukan pada teknikaliti dalam membina website, do yourself a favor, scroll down, skip the reading, just contact me directly untuk consultation. “

Kena ingat, tanpa hosting berbayar, kandungan dalam website korang terdedah kepada risiko penghapusan. Ini berlaku pada banyak tempat macam wordpress.com, blogger dan banyak lagi. Banyak dah kes jadi. So dalam artikel ni kali ni saya nak senaraikan lima web hosting yang saya rasa, tahun 2017 ni adalah berbaloi dan selamat. Cuma saya akan pilih hosting yang level enterprise… tak nak suggest pakai hosting cap ayam.  Serik dah pakai diaorang.

Tapi sebelum tu, sebenarnnya hosting berbayar pun ada risiko juga. Saya pernah meletakkan website dalam hosting cap ayam dan beberapa tempat lain. Kualiti yang diberikan pada mulanya elok saja, tapi akhirnya performance menurun dan server selalu breakdown. Pernah sekali website saya mati selama 4 hari  macam tu je. Stress betul!

Jadi saya dah mencuba beberapa tempat, dan saya temui beberapa tempat yang saya rasa sesuai untuk saya recommend kepada anda semua sebagai webhosting yang bagus.

1. GOOGLE CLOUD PLATFORM (GCP)

Pada saya sekarang, google cloud platform adalah yang terbaik untuk hosting website anda atas beberapa sebab

  • Percuma USD 300 free trial atau sehingga 12 bulan.
  • Support virtual machine (compute engine), docker (google container) dan microservice (app engine). Anda mempunyai pilihan bagaimana nak host website anda.
  • Hanya bayar resources yang anda guna…. sangat sangat murah.
  • Install wordpress dalam GCP hanya perlu beberapa click saja. Boleh guna bitnami repository.
  • TIdak perlu coding hatta satu line pun.
  • Sangat scalable, maksudnya kalau server tu tak cukup power, anda boleh up kan power dia dengan tarik slider cpu dan memori saja.
  • Autoscaling dimana resource tambahan akan ditambah secara automatik bile diperlukan. anda akan dicharge ikut minit.
  • Bukan shared web hosting, definitely tiada bottleneck pada penggunaan ram dan resources sebab memang dia dah allocate awal awal khas untuk website anda.
  • adhadi.com ni juga di host dalam google cloud platform sekarang.
  • Selepas free trial, setahun kos hosting dalam RM250, tapi oleh kerana dia charge per minit, anda cuma akan dibil ikut berapa banyak resources anda pakai.

2. AMAZON WEB SERVICES (AWS)

Asasnya, AWS ni sama je dengan GCP di atas. Tapi price dia sedikit tinggi. Walaupun begitu, aws tetap ada kelebihan sendiri.

  • AWS ada free tier. Sebulan dia bagi 750hrs instance time. Patut cukuplah untuk small website.
  • Deploy wordpress dengan mudah (guna bitnami)
  • ada banyak servis lain, termasuk bulk email service, simple storage service, block store, VPC.
  • Support elastic load balancing.
  • server ada di seluruh dunia.

3. DIGITAL OCEAN

  • Guna SSD. Sangat laju.
  • Serendah RM25 sebulan untuk droplet paling murah
  • Ada automatic backup snapshot
  • mudah deploy app macam wordpress
  • banyak pilihan linux
  • charges secara monthly

4. LINODE

  • lebih kurang sama macam digital ocean, tapi  lebih murah, hampir half price
  • Juga guna SSD.

5. Microsoft Azure

  • hampir sama macam amazon web service dan google cloud.
  • Banyak service disediakan.
  • Ada free tier (shared hosting)
  • Sekarang ada promo USD900 free credit.
  • Pay as you go.
  • Very very expensive Virtual machine

Kesimpulan

Walaupun membina website sebenarnya sangat mudah hari ni, tapi bila kita buat betul betul nanti, kita akan dapati kita perlukan banyak benda tambahan dan mostly sangat sukar kita nak perolehi. Malah nak jumpa plugin yang baik pun kena  setup, configure, test, pastu tengok apa jadi. Lama lama kita akan realize yang takde satu pun setup out of the box boleh memenuhi kehendak kita. Ada banyak cabaran dan knowledge yang diperlukan untuk membina website, terutamanya website ecommerce.

Hubungi Saya

Sebaiknya, jika anda baru nak berniaga, elakkan dari membina website sendiri, tapi dapatkanlah khidmat nasihat dari consultant untuk membina website. Seriously ada banyak benda kena discover. Saya dalam bidang ni dah hampir 20 tahun, dan sehingga kehari ni banyak betul benda baru yang perlu dipelajari dan kena tahu apa kurang lebih dia. Technology terlalu pantas utk dikejar. Lebih baik anda fokus dalam bisnes anda saja. Teknologi part, tinggalkan pada orang I.T utk handle. Kalau anda cuba buat semua, takut tak terkejar nanti.

Plus, saya juga berpengalaman sebagai jurufoto, jadi anda akan mendapat penjimatan dari segi all in one pakej dengan Online Business Starter kit. Anda akan mendapat :

  • ecommerce website, siap dengan card credit payment gateway.
  • optimized cloud hosting, linux server dalam google infrastructure (bukan msian hosting)
  • full product photography service
  • data entry
  • seo marketing optimization

Call sekarang untuk free consultations
013 3173128

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>