Menu

8K tv kini berada dipasaran



33 juta piksel (7680 × 4320) – adalah empat kali ganda lebih besar  daripada 4K Ultra HD, dan 16 kali lebih banyak piksel dari Full HD. 8K TV kini telah pun berada dimana mana, terutamanya dalam organisasi penyiaran.

Saya agak excited bila membaca berita tentang pengeluaran unit tv 8k ini sebab, sudah pasti 4k akan turun harga tak lama lagi. Dan yang pasti juga, harga monitor komputer 4k juga akan turun dalam lingkungan harga mampu milik.

Walaupun 8k tv dah dijual dimana mana malah di lazada, dengan sharp 80 inch 8k tv dijual pada harga RM28300, tapi saya tidaklah sampai tahap kesitu. Sekarang ni memang tengah tengok 4k monitor untuk kegunaan editing bagi perniagaan.

Sharp 80-inch 8K Resolution Android TV SHP-LC80XU930X

 

Saya? saya cukup selesa kalau dapat yang bawah ni…. hopefully dalam beberapa bulan lagi ia turun harga lagi.

SAMSUNG Monitor LED UHD 4K 28′ U28E590DS, sekarang cuma dalam lingkungan RM1600 saja.

Tapi harap harap boleh dapat Dell Ultrasharp series. Tapi harga dia agak mahal sikit. Eh, bukan sikit tapi banyak. DELL 27″ UltraSharp 4K Monitor (U2718Q) dijual dengan harga RM2890.00. Banyak tu lebih dia….. Bilalah nak dapat pak arab derma kat dalam akaun sendiri…. Kalau anda tak ada masalah dengan bajet, saya sarankan anda amik monitor ni. Memang bagus untuk kegunaan professional.

DELL 27″ UltraSharp 4K Monitor (U2718Q)

 

BEZA SAIZ DAN RESOLUSI 4k VS 8K

Jika anda masih stucked dengan 1080p atau 1920×1080 piksel monitor, ketahuilah bahawa monitor itu telahpun amat ketinggalan zaman.  Sekarang dah zaman 8k dan kita belum pun menggunakan 4k. Hahaha.

Tapi takpe, yang penting sebenarnya content. Teknologi cumalah alat untuk memudahkan.

Jika kita lihat gambar rujukan diatas, of course kita akan rasa yang saiz monitor kita tak cukup. Sebenarnya itu bukan kes dia. Sebenarnya effect dia simply, gambar yang kita nampak, akan lebih jelas dan detail jika dibuka dalam 8k.

Perlu diingat, apabila upgrade monitor ke resolution yang lebih tinggi, ianya juga akan melibatkan performance komputer anda. Sebab komputer perlu memproses lebih banyak data untuk dipaparkan. Sekiranya anda nak main game terkini dengan monitor terkini, anda perlu gunakan graphic card terkini juga. Dan of course, pastikan cpu , ram dan harddisk boleh support segala processing dan pastikan tiada transport bottleneck dalam computer anda.

Untuk Photo editing? saya tak rasa ada masalah sangat sebab gambar kita memang dah lebih besar dari 4k setakat ni.. tak ada masalah. Tapi, sekiranya kita boleh dapat monitor dengan resolusi lebih tinggi, ia akan memberikan details yang lebih jelas pada mata kita. Itulah kelebihan yang kita nak

Untuk video editing, yes akan ada masalah. Computer cpu dan ram perlulah cukup besar untuk support proses editing, preview dan rendering yang diperlukan.

 

 

 

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *