Asas fotografi – Apa nak buat bila latar terlalu terang?

Salam.

Antara masalah utama pengguna kamera baru adalah masalah asas exposure, iaitu sukar mendapatkan exposure yang tepat pada subjek bila latar belakang terlalu terang.

Sebagai contoh dalam gambar ni, diambil dalam jam 10 pagi. Apabila latar belakang terang,subjek kelihatan gelap. Dan kalau kita shoot guna spot metering, meter pada muka, subjek pula terang dan latar belakang pula terlalu terang sampai keputih putihan atau overexposed.

So, cara mengatasinya sebenarnya mudah saja.  Antara kegunaan flash waktu siang hari adalah berfungsi sebagai Fill In Flash.  Fill in tu maksudnya mengisi, mengisi kat mana? mengisi dalam kawasan shadow tu lah.

Jadi maksud fill in flash adalah, mengisi kawasan gelap dengan cahaya.  Contoh gambar dibawah, saya bukak flash, dan dapatlah subjek cukup terang.

Tapi ada juga yang mintak tip camne nak buat kalau takde flash.

Emm, ada beberapa cara, pertama kau pergi beli flash. X rugi pun. Dengan adanya flash, boleh membantu menghasilkan gambar yang menarik.

No 2 guna reflector. Macam silver atau putih. Dengan cara pantulkan semula cahaya matahari ke muka.

Jangan pulak cuba guna cermin. Memang la boleh reflect, tapi……

Ok yang ketiga, jgn shoot kat sini. Cari tempat lain dengan latar belakang yang lebih gelap. Kan senang. Kenapalah nak susah susah.

Allrite? semoga tip ini boleh membantu memudahkan kerja anda.  Kalau tak faham, join je la  Kursus Asas Fotografi 19 Ogos 2017 atau pada masa akan datang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *