Ada banyak cara kita boleh mendapatkan perhatian prospek. Perkara pertama perlu ada lakukan adalah dengan memutuskan siapakah sasaran jualan anda. Satu kaedah yang berkesan adalah dengan memutuskan secara sangat spesifik tentang pelanggan ideal anda. Cuba bayangkan sekiranya anda menjalankan bisnes foto family, dan anda mensasarkan pelanggan anda adalah pasangan ibu bapa muda dengan pendapatan isi rumah sekitar 100000 setahun serta mempunyai 2 orang anak kecil. Dari sini anda boleh membuat survey, dimanakah kebanyakan mereka tinggal. Mungkin mereka tinggal di taman perumahan di sekitar shah alam dan memandu kereta honda civic. Dari sini anda sudah boleh memikirkan apa yang perlu dibuat seterusnya, seperti aktiviti yang menarik untuk mereka, taktik jualan dan promosi yang mungkin akan menambat hati mereka.

Dibawah ini merupakan beberapa taktik promosi yang boleh diguna pakai untuk mendekati prospek anda ini.

Pengiklanan

Print media. Pertimbangkan untuk meletakkan iklan pada majalah dengan imej yang menunjukkan hasil kerja anda. Pastikan anda meletakkan alamat dan no telefon syarikat anda. Fikirkan apa jenis majalah atau suratkhabar yang mereka akan baca dan buat penilaian adakah pelaburan yang anda akan buat adalah berbaloi.

Radio. Pertimbangkan menjadi penaja untuk stesen radio yang didengari oleh prospek anda.

Online Media (Youtube, google ads, facebook ads, Instagram). Anda boleh mencuba untuk meletakkan iklan pada popular website atau search engine.

Mulut ke mulut

Word of mouth, boleh dipanggil sebagai buzz marketing adalah satu taktik pasaran yang hebat. Ianya sangat berkesan kerana orang memandang rujukan yang diberikan oleh orang lain adalah sangat jujur dan boleh dipercayai. Mendapatkan orang bercakap tentang anda adalah satu cara yang positif untuk menarik pelanggan yang baru. Salah satu cara untuk memastikan orang bercerita tentang hasil kerja anda adalah, dengan menandatangan atau watermark gambar anda. Gambar yang tiada watermark adalah seolah tiada bertuan. Gambar yang diletak watermark memberikan rujukan kepada anda.  Anda juga perlu menyebut tentang profession anda apabila bertemu dengan orang lain. Anda juga boleh bercerita tentang keluarga atau pasangan yang anda telah rakamkan dan ceritalah kegembiraan dan keseronokan anda apabila merakam mereka.  Membina “cerita” memerlukan sesuatu yang orang lain suka ceritakan.

Blogging

Anda boleh memulakan blog dan mula bercerita tentang segala yang menarik tentang kerja anda. Memulakan blog wordpress atau blogspot adalah percuma dan ianya kekal selamanya. Kongsi pengalaman dan teknik teknik yang orang lain ingin pelajari. Dengan ini mereka akan kekal melayari blog anda.

Video log

memulakan video log adalah satu cara yang sangat efektif dalam menyampaikan maklumat tentang perniagaan anda. Anda tak semestinya membuat iklan yang monotonous dan membosankan. Anda boleh bercerita perkara yang anda minati iaitu fotografi dan sooner or later ramai orang akan mengikuti channel video anda. Medium yang sangat berkesan dan percuma adalah youtube.

Group Whatsapp dan Telegram

Memulakan group whatsapp atau telegram sendiri adalah percuma dan sangat efektif . Setiap mesej adalah terus disampaikan kepada telefon prospek anda. Sentiasa aktif dalam menyampaikan maklumat dan galakkan orang lain membuat benda yang sama. Pastikan anda sentiasa sedia membantu mereka dalam sebarang apa persoalan pun.

Rujukan dari vendor lain

Meningkatkan networking dengan pemain industri adalah sangat penting dalam perniagaan. Sebagai contoh jika anda menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan, anda boleh mendekatkan perniagaan anda dengan butik andaman, katering, kanopi, dj dan banyak lagi. Program cross referral adalah sangat berkesan. Tahukah anda bahawa kebanyakan bakal pengantin akan mencari kursus perkahwinan dahulu. Meletakkan brochure pada fail yang mereka terima, atau meletak bunting pada kelas dimana mereka menjalankan kelas akan membantu mempromosikan perniagaan anda.

Sertai Komuniti setempat- kariah/lokal

Sertai group kariah anda, mereka adalah sumber pelanggan dan word of mouth yang paling berkesan! Aktifkan diri dalam program volunteer dan jadilah insan yang ringan tulang serta mudah didekati. Elakkan bercerita tentang politik dan elak “bashing” mana mana pihak. Keep cool… dan pastikan bawa kamera anda, kenalkan instagram dan blog anda. Kenali semua orang dalam kariah anda, dan sentiasalah bersedia membantu.

Charitable Marketing

Program charity mempunyai ramai follower dari pelbagai lapisan masyarakat. Anda boleh menawarkan menjadi sponsor ataupun volunteer. In return mungkin anda minta organizer letakkan sedikit print tentang business anda. Letakkan juga promosi yang menarik.

Publish Hasil kerja anda. 

Getting your photographed published in magazines atau high profile blog boleh membantu membawa perhatian kepada perniagaan anda.

Public Relation / Paid Review

Anda boleh membayar publiscist untuk  mempromosikan anda. Hari ini, instagram paid review sangatlah efektif untuk mempromosikan anda. Anda boleh bayar mereka yang mempunyai high engagement dalam akaun social media mereka.  Pastikan anda memilih reviewer yang mempunyai real comments dan participation dalam account mereka.