Canon tambah penstabil gegaran (IS) pada 85mm 1.4 baru

Canon tambah penstabil gegaran (IS) pada 85mm 1.4 baru

Buat pertama kalinya, canon telah mengeluarkan lensa 85mm dengan image stabilizer yang terbaru.  Walaupun cuma pada aperture 1.4, tidak selaju 85mm 1.2L version, tetapi lens ini memberikan pengurangan gegaran pada 4 stops, menjadikan ia satu lens yang amat amat berguna apabila merakam waktu gelap.

Tak semestinya apabila mempunyai lensa 1.4, kita akan shoot pada 1.4 setiap masa. Banyak  masa kita perlu merakam dengan aperture yang lebih kecil untuk dapatkan dof yang lebih luas. Terutamanya apabila merakam potret korporat.

Teknologi ultrasonic motor pula memberikan auto focus yang pantas dan tepat. Semua element optiknya disalut untuk mengelakkan silau dan image ghosting yang tak dikehendaki.

85mm adalah focal length yang baik untuk merakam interview dan potret, dan pada badan kamera cropped aps-c , lens ini memberikan field of view pada 135mm.

Canon telah meletakkan video infomasi tentang lensa ini diyoutube.

dan berikut adalah video dari Adorama

Lensa Sigma 85mm 1.4 merupakan lensa kegemaran saya untuk portrait. Ianya sangat tajam, memberikan autofocus yang laju dan bokeh yang sangat menawan.  Canon 85mm 1.4 IS usm adalah satu upgrade yang baik dari lensa lama saya ni kerana akan memberikan kemampuan dari segi hand held apabila merakam pada aperture kecil dan pada waktu yang kurang cerah, tanpa perlu meninggikan iso.

Sekiranya kita upgrade peralatan, kita perlu tau apa yang kita akan perolehi. Ramai yang upgrade peralatan tanpa mengetahui kenapa mereka upgrade. Kebanyakannya upgred kerana melihat gambar kawan mereka lebih cantik atau tertarik pada full frame. Tapi hakikatnya, selepas menukar sistem, gambar mereka sama saja. Ini disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam fotografi. Anda perlu memahami asas fotografi, komposisi, ilmu lighting, ilmu portrait dan sebagainya sebelum membuat keputusan menambah lensa yang lebih mahal atau menukar sistem yang lebih canggih.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *