Penting ke mode manual pada kamera?

Jawapan untuk soalan tajuk ni sebenarnya mudah je, ianya depend kepada apa yang kita nak rakam. Dalam banyak situasi, mode manual langsung tidak diperlukan. Malah digalakkan untuk rakam guna mode-mode automatic untuk mempercepatkan masa. Itupun jika hasil mode auto itu tepat dan konsisten.

Akan tetapi kadangkala, jurugambar perlu berhadapan dengan situasi dimana sumber cahaya adalah tricky, exposure yang baik sukar diperolehi dan meter kamera pula diperdaya oleh silauan dari sumber sumber cahaya lain. Malah, ada waktunya kita perlu menetapkan exposure berdasarkan kreativiti rakaman yang kita perlukan. Maka, disini datangnya keperluan untuk memahirkan diri dalam mode manual.

Jurugambar professional, iaitu jurugambar berbayar, wajib memahami mode manual secara mendalam. Ini kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang sukar, dan anda perlulah mempunyai ilmu dan latihan yang cukup.

Kadang kadang, kita akan jumpa jurufoto yang cakap, buat apa nak shoot manual? guna auto pun boleh. Obviously jurufoto ini belum mempunyai pengalaman menghadapi situasi yang sukar dalam kerja fotografi, dan mungkin beliau tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam kawalan penataan cahaya.

Saya ingin beri contoh situasi dimana jurugambar perlu memahami mode manual, dan menggunakan mode manual akan membantu anda mencapai hasil yang lebih konsisten setiap masa

Situasi 1 : Backlighting

Anda pasti akan hadapi backlighting pada sesuatu masa, samada shoot family, travel, event, berbayar atau tidak, sometimes anda memang tak ada kawalan kepada sumber cahaya! Jadi disini, anda perlu menghadapi situasi yang menyukarkan metering dari berfungsi dengan baik.

Menghadapi backlighting dengan berani, akan menjadikan akan seorang jurufoto yang lebih matang dalam menghadapi cabaran penataan cahaya. Jika digunakan dengan betul, backlighting memberikan impak kesan dramatik dalam gambar. Akan tetapi, menghadapi backlighting sangat sukar jika kita menggunakan mode auto atau semi auto dimana mode mode ini perlu bergantung kepada metering.

Menggunakan backlighting dengan betul menuntut pemahaman kepada konsep kawalan cahaya secara terperinci. Anda perlu memahami tugas tugas arah cahaya dan bagaimana ia membantu anda mencapai certain look dalam composition.  Light sangat memainkan peranan dalam composition, terutamanya permainan highlight dan shadow.

Mode manual – backlit
backlit 2

 

Situasi 2 : Menggunakan Flash, untuk mencapai satu kreativiti tertentu

Bagaimana korang menggunakan flash? janji terang? Ini bukan cara yang betul untuk menggunakan flash. Apabila kita gunakan flash, kita mempunyai satu sumber cahaya tambahan untuk mendapatkan certain creativity. Satu creativity paling mudah saya boleh share adalah, ambil gambar mugshot dengan cahaya lembut.

Mugshot peserta Kursus fotografi – Giatmara ISO400, 47mm, f/4.0 dan 1/80saat. Flash bounce atas. Reflector dibawah.

Gambar diatas dirakam menggunakan flash sebab cahaya ambient dalam kelas adalah gelap. Saya sengaja menggunakan background dengan highlight yang tinggi (window) dan kemudian sengaja overexposekan background supaya saya memperolehi mode high key.  Kawalan kepada exposure, untuk menjadikan background overexposed, memerlukan kawalan kepada manual secara sepenuhnya. Menggunakan Semi auto dan ubahsuai EV juga boleh digunakan, tetapi selagi sensor bergantung kepada meter, hasil akhir akan berubah ubah jika frame kita berubah walau sedikit. Jadi dengan itu penggunaan manual adalah lebih baik dan menjimatkan masa, dengan hasil yang dijamin tepat. Dalam kerja fotografi yang berbayar, kita tidak ada masa untuk inconsistency. Exposure yang kejap betul kejap salah adalah membuang masa dan merugikan kita.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi situasi kita memerlukan kemahiran mengendalikan kamera dalam mode manual. Antara lain adalah situasi long exposure, atau ketika kita merakam motion atau pergerakan, dimana kita perlu kawal berapa shutter speed yang sesuai secara precise… atau astrophotography.. dan banyak lagi.

Apapun, mempelajari kemahiran baru juga tidak salah. Walaupun anda tak mempunyai keperluan untuk merakam foto secara professional, tetapi merakam gambar family dengan tepat, cantik dan menarik juga boleh menjadi satu kepuasan. Dan merakam secara manual boleh membantu anda mencapai perkara ini.

3 teknik menggunakan speedlite yang wajib kita tahu

Menggunakan speedlite sebenarnya bukan sekadar on kan flash dan petik picu kamera. Speedlite adalah satu alatan fotografi yang sangat powerful dan jika digunakan bersama pengetahuan yang baik, ia boleh memberikan hasil yang sangat baik.

Bounce utk kualiti cahaya paling lembut

Apabila bercerita tentang merakam foto, kita perlu memahami dengan jelas apa yang kita rakam. Merakam portret akan memerlukan kita mempertimbangkan keperluan untuk menggunakan cahaya yang lembut.

Teknik bounce ke siling adalah teknik paling mudah untuk mendapatkan cahaya yang lembut. Cahaya lembut akan menjadikan tekstur kurang kelihatan dan kulit kelihatan lebih bersih, kurang berkedut dan lebih anjal.

Speedlite sangat berguna di waktu terik

Siang hari dah panas terik? kenapa nak pakai speedlite?Ha, tu la antara rahsia yang saya selalu share dalam bengkel fotografi lanjutan saya. Sebenarnya, bila kita shoot waktu siang, kita akan mengalami masalah background yang terlalu cerah. So…selalunya kita nak latar belakang yang lebih gelap, atau tak la jadi putih saja. Jadi disini speedlite diperlukan dimana, kita akan menggunakan ISO aperture shutter untuk menggelapkan latarbelakang, dan seterusnya menggunakan cahaya flash untuk mencerahkan subjek.

Dalam gambar dibawah saya menggunakan strobe Godox wistro ad600 dan menggunakan teknik HSS untuk memastikan saya boleh menggunakan shutter speed yang mencukupi untuk menggelapkan latarbelakang.

 

Kita boleh guna Speedlite untuk shoot produk

Ramai juga yang datang pada saya, minta advice apa studio lighting strobe nak beli, sedangkan mereka dah mempunyai tools yang cukup.

Sebenarnya guna speedlite pun boleh untuk shoot product, apatah lagi product yang kecil kecil macam baju budak ni. Kalau kita mempunyai unit speedlite yang mencukupi, kita boleh pastikan latar belakang juga cukup putih sampai tak perlu edit sikit pun (dari segi brightness)

Jadi kalau anda dah mempunyai flash, anda dah boleh je nak shoot indoor untuk produk, cuma maybe kena creative sikit. Insya Allah kalau anda perlukan khidmat nasihat saya dalam hal ni saya sedia membantu. Boleh arrange consultation session bagaimana anda boleh setup whitestudio sendiri tanpa kos yang terlalu banyak.

 

Flash murah yang sesuai untuk beginner

Godox TT600

Flash ni masa keluar cuma RM250 saja.. tapi lama lama dia naik harga sebab memang in demand dan juga faktor matawang kita yang semakin turun.

Flash ni bagus, banyak features dan support HSS. Anda boleh buat banyak creativiti dgn flash ni. Paling penting sistem trigger godox X1T, sangat bagus dan support nikon, canon dan sony.

Anda boleh dapatkan flash ni disini

Pos ini adalah pos recommendation dan pengenalan. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik teknik flash secara tepat, anda boleh mendaftar Kursus Fotografi Lanjutan yang saya anjurkan.