Fulltime photographer, bagaimana tingkatkan income?

Salam. Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai jurufoto yang hebat hebat mengeluh ketiadaan job? sebenarnya bukan dimalaysia saja, malah diseluruh dunia.

Fenomena dunia digital mempercepat dan memudahkan rakaman gambar, software software yang menarik memberikan effect yang dulunya hanya jurufoto ada kepandaian. Contohnya software macam snapseed, instagram, ni memberikan end user peluang untuk menjadi kreatif tanpa perlu berbelanja hire photographer. Kenapa nak hire photographer untuk shoot gambar family 20-30 keping di luar sedangkan kita boleh guna camera phone dan snap seberapa banyak yang mungkin? Kalau kualiti yang menjadi ukuran, apakah gerenti kita boleh dapat jurufoto yang berikan kualiti terbaik bila hire mereka?

Semua ini perlulah kita fikirkan.

Bagaimanapun, masih ada ruang untuk jurufoto meningkatkan pendapatan, dan saya positif yang consumer masih memerlukan photographer untuk banyak perkara. Sekiranya kita melihat keadaan sekarang dari sudut negatif, maka kita akan lesu dan lama lama mungkin kita berarah ke bidang lain. Tetapi kalau kita lihat secara positif, income yang tinggi masih boleh dijana asalkan kita mahu belajar dan berusaha.

Saya ingin tawarkan beberapa pendapat saya yang mungkin boleh diguna pakai oleh jurufoto fulltime untuk meningkatkan pendapatan mereka

1. Kenali produk anda. Masa shooting adalah slot slot yang tidak boleh diduplikasi.
Sebagai contoh, sekiranya anda sudah menerima tempahan pada hari sabtu dan ahad, dan caj rm2000 untuk 2 hari tersebut, nah, itu sajalah income anda untuk dua hari tersebut. Untuk meningkatkan income based on time slot, anda perlu menduplikasi diri anda – photographer. Hire photographer lain untuk rakam on behalf anda, dan split profit dengan mereka. Dengan cara ini anda boleh tingkatkan pendapatan. Bagaimanapun, cara ini sangat berisiko kerana anda tidak boleh hire sebarang photographer. Saya pernah hire seorang photographer dan beliau tidak hadir pada pagi event. Kena hati hati kalau nak buat cara ini.

2. ALBUM adalah produk.
Album, frame, CD, adalah produk yang boleh diduplikasi dan mendatangkan income kepada anda. Sebagai contoh, ada masanya dalam satu wedding, membikin 3-4 album untuk mereka adalah lebih baik. Kalau setiap album yang anda hasilkan, anda markup RM300, maka 4 album akan memberikan untung RM1200. Album juga mempunyai banyak jenis. Kebanyakan customer yang nak murah, memang kita boleh beri murah dengan album yang murah. Akan tetapi apabila kita tunjukkan mereka album yang lebih menawan, mereka akan tertarik dan saya boleh katakan 90% akan memilih pakej yang lebih mahal. Jadi anda mesti bersedia dengan pelbagai pilihan. Macam kedai mamak, roti canai memang sedap, tapi kadang kadang kita lebih suka makan roti telur walau lebih mahal.

3. Jaga customer yang sedia ada lebih mudah dari membuat customer baru
Sememangnya dalam bisnes kena ada customer baru. Customer hari ini cepat sangat berubah minat. Tapi dalam masa yang sama kita kena menjaga customer yang sedia ada. Anda boleh memberikan hadiah kepada customer anda seperti voucher sesi fotografi baby secara diskaun apabila mereka mendapat baby. Hari ini sangat mudah, anda boleh terus pm dalam facebook dan tawarkan mereka perkhidmatan anda. Anda juga boleh berikan voucher photoshoot family sebelum hari raya, voucher photoshoot aniversary, birthday dan sebagainya. Dengan memberikan diskaun kepada pelanggan tetap anda, mereka akan rasa dihargai dan diingati. Sekiranya anda rasa rugi memberikan diskaun, anda silap kerana apabila mereka sudah photoshoot dengan anda, kita ada banyak ruang untuk upsale print, print canvas, jual frame, jual service print gambar mereka atas baju. Customer hari ni nak mudah, bayar saja dan dapat everything. Kalau anda memudahkan kerja mereka, dan nilai kerja anda sangat tinggi buat mereka, tak ada masalah mereka nak membeli dari anda.

4. Prospek yang paling mudah adalah dalam majlis itu sendiri!
Saya selalu bertemu dengan photographer masham masham cuka dalam majlis. Ruginya, sebab tahukah anda, apabila anda berkerja dalam satu wedding, anda ada banyak peluang untuk dapat prospek dan rakan marketing. Sebagai contoh, mak andam adalah rakan marketing paling best! Anda boleh refer mereka kepada orang dan insyaallah mereka akan refer anda kepada orang lain. Janganlah fikir satu mak andam, tapi berpuluh puluh mak andam. Kalau anda berhubung baik dengan 20 mak andam, at least 10 pasti berhubung baik dengan anda. Dan selain mak andam, kita ada pasukan kompang, ada caterer, wedding planner, juruhenna, videographer dsb. Jangan kedekut gambar dengan mereka, berikan saja kalau mereka perlukan. Kalau mereka ada studio, anda boleh print besar, dan tuliskan website anda/no telefon dan hantarkan gambar tersebut kepada mereka sebagai hadiah. Ini adalah kos marketing, selagi gambar anda terpampang distudio mereka dan customer mereka melihat no telefon anda, selagi itulah anda dapat rujukan percuma.

Dan sebenarnya banyak lagi tips tips yang boleh meningkatkan pendapatan kita dalam wedding fotografi, itu belum lagi tips macamana nak dapatkan job dalam genre fotografi lain. Yang penting kita kenalah ramah kepada orang. Tips untuk ramah kepada orang ni mudah saja, first anda kena suka diri anda sendiri, then anda kena suka orang lain. Kalau anda tak suka memang takkan jadi peramah. 

 

 

About Adhadi Mohd

Photography & IT Trainer

7 Responses to Fulltime photographer, bagaimana tingkatkan income?

  1. Nurul Najwa 21/02/2013 at 6:05 am #

    info yang bermanfaat, terima kasih~.

  2. Aziz Albumkasih 21/02/2013 at 6:26 am #

    menarik dan berinspirasi…

  3. Cham Nikon 21/02/2013 at 6:32 am #

    (y)

  4. Syah Rizal 21/02/2013 at 1:58 pm #

    terbaek

  5. Asha Adlynn 22/02/2013 at 5:07 pm #

    GOOD IDEA..

  6. Syahz Anak Cik Memon 27/02/2013 at 1:38 pm #

    betul2 cikgu sy sokong..(y).:-)

Leave a Reply

CommentLuv badge