Salah satu tanggungjawab jurufoto, samada freelance ataupun bertugas untuk jabatan tertentu, adalah untuk mendokumentasi apa saja event yang dirasakan penting untuk client mereka.

Sebagai contoh, event tersebut event majlis rasmi, mungkin hari sukan, mungkin penyampaian hadiah, atau mungkin sesi group foto beramai ramai.

Apabila jurufoto diberi tugas merakam gambar, selalunya gambar gambar ini diperlukan oleh client, atau mungkin bos jabatan, yang mana mungkin memerlukan gambar diletak dalam ruang berita, press release, majalah, atau website atau mungkin media social jabatan.

Jurufoto yang bertugas merakam gambar, memerlukan skillset yang khas, iaitu mereka perlu merakamkan gambar dengan jelas dan berita harus terang dan mudah difahami.

Seorang yang merakam gambar secara suka suka pula, tidak mempunyai keperluan dalam skillset khas ini. Tiada siapa peduli gambar mereka jelas atau tidak, kerana cuma mereka yang mahu tengok gambar tersebut dan tak ada siapa akan kerugian jika gambar tersebut tidak jelas. Bila anda merakam untuk diri sendiri, anda takkan fikir keperluan untuk memenuhi sebarang kepentingan visual untuk orang lain.

Saya banyak kali menerima pelajar dari pelbagai jabatan… acapkali mereka ini adalah mereka yang langsung x memahami proses fotografi. Mereka berpengalaman merakam untuk diri sendiri, tapi langsung tiada ilmu pengetahuan untuk menyediakan media foto yang baik untuk kegunaan rasmi. Dalam hal ini, sebenarnya bos lah yang bermasalah kerana tidak mengambil tau akan keperluan untuk mempunyai kemahiran ini. Mereka sangka orang yang boleh petik kamera dan keluar gambar, mempunyai kemampuan untuk menghasilkan gambar yang jelas dan sesuai digunakan untuk kegunaan rasmi.

Memahami kualiti pada gambar

Apabila bercerita tentang gambar, kita perlu memahami bahawa Foto adalah sebuah alat atau media untuk menyampaikan maklumat. Di dalam jabatan, maklumat adalah sesuatu yang penting. Maklumat yang tidak jelas boleh menyebabkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Gambar yang tak menyampaikan maklumat dengan jelas, adalah merugikan. Seringkali, jabatan menyediakan kamera yang hebat, tapi sayang jurufotonya langsung tidak mempunyai sense atau awareness atau kemahiran dalam merancang dan execute proses merakam maklumat untuk disampaikan kepada umum. Ini kerana, mereka tidak memahami apakah pecahan kualiti yang seharusnya ada pada sesuatu gambar.

Antara kualiti yang perlu ada pada sesebuah gambar adalah kualiti teknikal dan kualiti aestetik sesebuah gambar. Kedua kualiti ini akan menjamin kualiti maklumat yang dirakam dan disampaikan.

Kualiti teknikal 

Kualiti teknikal sesebuah gambar adalah seperti ketajaman maklumat dalam gambar. Sharpness pada bentuk, pada line, pada details adalah sangat penting bagi memastikan maklumat mudah difahami. Exposure pula memastikan warna yang tepat dan detail permukaan pada subjek yang dirakam.  Didalam kursus fotografi adhadi mohd, saya akan memastikan pelajar benar benar memahami kesemua aspek teknikal ini supaya setiap gambar yang terhasil, mempunyai kualiti yang mampu memberikan maklumat yang tepat dan jitu.

Setiap gambar perlu mengandungi maklumat bentuk subjek, warna dan teksture pada permukaan dengan jelas supaya mudah difahami

Dalam proses ini, pemahaman jurufoto kepada teknik asas fotografi, seperti exposure, iso, aperture dan shutter speed sangat penting bagi memastikan semua details yang diperlukan dapat dirakam dengan baik. Tanpa pemahaman asas ini, cthnya apa setting yang perlu disetkan dahulu, akan menyebabkan jurufoto gagal merakam untuk tujuan asal kerana kurang kemahiran yang diperlukan.

Selain itu, ada beberapa lagi kualiti teknikal seperti warna, contrast dan banyak lagi yang harus difahami oleh seorang jurufoto supaya dapat memastikan setiap maklumat itu jelas di dalam gambar.

Kualiti aestetik

Kualiti aestetik memastikan aspek kekemasan maklumat yang disampai. Jurufoto yang tidak memahami aspek aestetik dalam gambar, adalah serupa tukang masak yang tidak pernah tau rasa apa yang akan dimasaknya. Ini dipanggil hentam keromo. Dalam kualiti aestetik, jurufoto perlu merakam dengan kekemasan dalam proses mengarang komposisi. Komposisi adalah satu proses susun atur, serupa seperti kita mengarang surat. Tanpa kemahiran dan pengetahuan dalam tatabahasa, kita takkan mampu mengarang surat dengan baik.

Dalam proses komposisi, jurufoto bukan sahaja perlu memahami nilai nilai, syarat dan panduan dalam proses fotografi, tetapi juga perlu memahami kaitan setiap seni dengan peralatan yang diperlukan. Sama seperti makan mee perlu menggunakan garfu dan makan steak memerlukan pisau, kita perlu menggunakan peralatan yang sesuai untuk sesuatu kerja seni yang ingin kita jalankan.

Untuk memahami proses ini dengan mudah, saya telah menyediakan kursus kursus fotografi yang sesuai dan dibina khas untuk membantu pelajar memahami semua konsep diatas dengan cepat. Anda boleh klik dari gambar dibawah untuk menyemak tarikh kursus terdekat.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *