Hasil kerja kursus fotografi 4 feb 2017

Assalamualaikum wbt.

Lama saya tak update blog. Agk sibuk sedikit. apa pun disini ada sedikit hasil kerja sewaktu kursus asas fotografi yang saya anjurkan di shah alam ni.

Dari kiri, Nazmi, Shamsainy, Harith, Aiman, saya, Dr ted, Syazwan dan Akmal Aisya.

Kursus pada hari tersebut di hadiri oleh Dr ted adzelan, seorang ahli dalam bidang perfileman malaysia yang tidak asing lagi. Beliau ingin menguasai teknik rakaman fotografi dengan lebih baik dan dalam masa yang sama ingin mendedahkan anak beliau, Aiman  kepada teknik teknik fotografi yang tepat.

Peserta lain adalah Akmal aisya yang sedang membuat kajian tahap Master dalam bidang al falak dan ingin mengetahui teknik yang betul supaya dapat merakam gambar astrophotography dengan lebih baik lagi.

Encik Shamsainy pula seorang engineer boat mewah di pasir gudang, johor, gambar boat yang beliau rakamkan,  diterbitkan dalam majalah majalah diluar negara dan beliau ingin menghasilkan gambar yang lebih berseni dan menarik lagi.

Encik najmi pula datang dari gerik kedah, dan meminati fine art dalam pelbagai genre. Beliau ingin mempelajari bagaimana dapat menghasilkan fine art photography dengan lebih menarik.

Harith pula ingin menguasai fotografi untuk memulakan perniagaan dalam bidang fotografi. Dan Syazwan yang baru berumur 18 tahun, sangat meminati fotografi dan ingin menjadi pakar dalam bidang ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan saya harap mereka dapat menguasai bidang fotografi dengan lebih jauh lagi. Dan insya Allah saya akan menyokong dari segi maklumat tambahan dalam group whatsapp yang telah disediakan untuk mereka….

 

 

 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adhadi Mohd

Photography & IT Trainer

%d bloggers like this: