Headshot photography

Terasa nak menulis sikit tentang headshot. Ini bukanlah tentang movie atau filem headshot yang iko uwais berlakon tu. Tapi pandangan saya tentang headshot dalam context ilmu fotografi dan juga kepentingannya pada dalam hidup dizaman ini.

Head shot adalah satu jenis potret yang spesifik iaitu gambar yang menampakkan personaliti orang yang diambil gambarnya. Head shot yang baik akan menampak positif branding tentang seseorang itu. Gambar headshot seperti ini sangat penting dalam dunia korporat atau dunia hiburan. Dalam dunia hiburan, modeling headshot selalunya digunakan untuk comp card atau tear sheets, modeling porfolios, dan juga iklan tv atau web, atau majalah untuk produk kecantikan.

Dalam dunia korporat pula, headshot banyak digunakan samada dalam annual reports, profile di website, facebook profile, linked in profile, resume, catalog, brochure, company publications samada internal atau external, press releases atau sebarang announcement, marketing materials, articles dan newspaper dan mungkin juga author pages.

kadang kala, sesetengah syarikat memilih gaya tersendiri dalam headshot sebagai branding syarikat tersebut.

 

Casual Potret of Ayu ayuni

Pada saya, setiap head shot yang saya rakam adalah sangat penting. Kerana saya sebenarnya bukan saja merakam gambar, tapi sebenarnya merakam karakter insan. Merakam dan memapar gambar seseorang dipublic perlulah dibuat secara berhati hati. Salah rakam, kita akan memberikn mesej yang salah tentang seseorang.

Seringkali saya dipertanggungjawabkan untuk merakam potret seseorang. Saya memilih untuk mengikut kontek saya dipertanggungjawabkan. Selalunya apabila merakam potret bisnes, saya memilih cahaya high key supaya saya dapat meminimumkan shadow pada subjek. Pada saya, cahaya bukan saja sekadar mencerahkan subjek, tapi kita manusia sering berharap cahaya sentiasa ada supaya dapat melihat dan tak tersasar arah. Sebab itu, potret dengan penataan cahaya high key dipilih supaya memberikan rasa percaya apabila melihat subjek jelas dengan limpahan cahaya yang cukup dari segala sudut. Baik bentuk rupa mahupun pancaran mata malah senyumannya sangat penting utk memberikan mesej yang meyakinkan.

Bagaimana dengan anda? adakah anda telah mempunyai headshot yang bercerita dengan jelas tentang brand atau diri anda? Headshot definitely boleh membantu. Dan insya allah saya boleh membantu jika anda memerlukan headshot yang sesuai untuk apa jua keperluan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>