Kegunaan Filter CPL atau Circular polarizer

Kegunaan Filter CPL atau Circular polarizer

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak kongsi teknik dan kegunaan filter circular polarizer.

Circular polarizer adalah sejenis filter yang boleh diputarkan gelasnya untuk mencapai sesuatu kesan yang kita perlukan. Tugas utama circular polarizer adalah untuk menghilangkan kesan pantulan pada permukaan kaca, gelas, metal, atau apa apa yang membalikkan cahaya.

Circular polarizer juga digunakan untuk memekatkan warna dan contrast.

Berikut antara contoh kegunaan circular polarizer

Circular polarizer boleh memekatkan warna awan

 

Circular polarizer membantu menghilangkan kesan pantulan pada permukaan air, supaya kita boleh menampakkan kandungan air tersebut, seperti ikan berenang atau batu batu di dasar.
CPL juga membantu menghilangkan cahaya reflection pada batu batu dipersekitaran landscape yang mempunyai air mengalir. Dengan itu kita boleh menampakkan struktur batu batu dan permukaan batu tersebt. 

 

Merakam objek metalik seperti kereta wajib menggunakan circular polarizer supaya reflection pada permukaan dapat dihilangkan.

Dengan menggunakan CPL pada dinding kaca, kita boleh menghilangkan reflection dan seterusnya menampakkan subjek disebelah luar sana.

CPL juga boleh digunakan untuk menghilangkan shine pada wajah, reflection pada kacamata dan sebagainya. Akan tetapi jika kita tidak berhati hati dalam menggunakan CPL ini, kita akan mendapati gambar kita, terutamanya potret boleh menjadi lifeless dan too flat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *