Kursus Fotografi Majlis Rasmi

Kursus ini merupakan kursus fotografi khas untuk badan badan kerajaan atau korporat yang perlu menghantarkan kakitangan mereka dalam program latihan fotografi. Peserta akan dilatih selama 2 hari tentang asas-asas fotografi, penggunaan flash, penggunaan adobe lightroom utk editing workflow.

Objektif kursus fotografi majlis rasmi adalah:

  • Memberi pendedahan kepada ahli fotografi tentang penggunaan kamera yang betul dari segi setting dan penjagaan
  • Membantu ahli fotografi memahami kaedah untuk menghasilkan gambar yang jelas dan berguna untuk jabatan
  • Memberikan ahli fotografi pemahaman tentang cara menyampaikan maklumat dalam bentuk media visual
  • Memberikan ahli fotografi kemahiran dalam menggunakan speeedlite dan peralatan flash serta studio lighting untuk korporat
  • Membantu ahli fotografi untuk memahami teknik rakaman majlis dan group photo secara terperinci serta protokol yang diperlukan
  • memberikan pendedahan kepada ahli fotografi tentang teknik teknik pemilihan gambar yang tepat dan mengikut keperluan jabatan
  • Memberikan kemahiran teknik digital editing kepada para jurufoto

Penganjuran Kursus Fotografi Dengan Jumlah Peserta Yang Sedikit

Sering kali saya dihubungi oleh pihak korporat yang ingin menghantar peserta untuk menghadiri kursus dalam jumlah yang sedikit, sebagai contoh 1-5 orang saja. Oleh itu, kami telah menjalankan inisiatif untuk menganjurkan kursus khas yang memenuhi keperluan ini. Kami boleh menjalankan kursus dengan peserta cuma 2 orang saja dengan kos yang rendah.Anda boleh hubungi kami di 013 3173128 untuk mendapatkan maklumat lanjut.