Lensa terbaik untuk fotografi perkahwinan

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang tertanya tanya tentang lensa yang sesuai untuk merakam gambar perkahwinan. Ye la, ramai yang bercita cita nak jadi jurugambar kahwin, walaupun tak pernah attend kelas dan takde idea pun apa ilmu yang penting yang perlu ada dalam dada sebelum menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, tapi sekurang kurangnya confident tu dah ada. Hehe.. takpe, semua orang kena start somewhere.

So kat sini saya cuba listkan juga apa lens lens yang biasanya dipakai oleh top-top photographer

Lensa kategori general zoom : range 17mm – 70mm

Lensa kategori ini sangat penting kerana ia adalah focal length yang sesuai untuk kebanyakan scene. Dan saya bukanlah maksudkan lensa sigma 17-70 2.8-4 DC, tapi apa apa zoom lens yang berada dalam kategori ini.

Lensa yang pertama adalah 24-70mm f2.8. Anda boleh temui lens ini dibekalkan oleh Nikon, canon, sony, sigma dan tamron. Lens ini memang sangat popular dengan kualiti yang terbaik.

Kenapa lens ni saya pilih terbaik? sebenarnya ada beberapa sebab.

  1. Lensa lensa ini sangat sharp, dengan warna dan contrast yang sangat menawan
  2. Aperture tetap pada 2.8 maksimum adalah sangat membantu untuk isolate subject dari latar belakang
  3. Pantas autofokusnya
  4. 24mm pada badan kamera full frame memberikan field of view pada kadar wide angle yang sesuai untuk kebanyakan gambar event
  5. 70mm pada badan full frame memberikan telefoto yang sederhana dan sesuai untuk portrait. Walaupun saya prefer 85mm untuk meminimumkan perspective distortion pada wajah, tapi 70 pun ok je.
  6. 70mm pada badan crop sensor memberikan field of view yang sesuai untuk portrait.

Lensa fotografi perkahwinan alternative yang lebih Murah

Lens diatas memang sangat mahal dan banyak digunakan oleh professional. Mungkin ada yang baru bermula jadi dan bajet pun tak berapa ada. Jadi untuk yang menggunakan badan kamera entry level, anda boleh menggunakan lens alternative yang jauh lebih murah seperti:

  1. Tamron 17-50mm f2.8
  2. Sigma 17-50mm f2.8 EX DC OS HSM
  3. Canon 24-105mm f4L IS
  4. Nikon 24-120mm f4g ED VR Nano

Mengapa entry kit lens tidak termasuk dalam senarai ini?

Kebanyakan kit lens seperti 18-55mm, 18-105mm dan sebagainya yang selalu kita dapat masa beli kamera entry level, saya tidak masukkan kerana sebab kualiti dan tajuk kita pun sebut “yang terbaik”… maksudnya peralatan yang offer kualiti terbaik. Of course ada yang akan sentap. Tapi tu lah, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.  Best tool tetap apa saja tool yang berada dalam tangan kita. Gunakan sebaiknya dan pastikan ilmu cukup di dada. Kit lens pada tangan orang berilmu akan menghasilkan gambar jauh lebih baik dari segala lens terbaik jika ianya dipegang oleh orang yang tidak faham pun teknik teknik fotografi!

Insya allah dimasa akan datang saya akan huraikan pula lens telefoto, lens prime, atau lens ultra wide angle terbaik untuk wedding. Jika ada pertanyaan, wassap saja saya, insya allah saya akan cuba membantu. Wassap link saya ada pada menu. Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *