Memahami Agile model

Sebelum kita menemukan Agile, kita banyak bergantung kepada waterfall model. Sayangnya waterfall adalah satu modell yang sangat tidak flexible dan sukar untuk berhadapan dengan perubahan. Apabila kita menggunakan waterfall, kita membahagikan tugasan kita kepada fasa design, build dan test. Pemindahan antara fasa itu, dilakukan dengan melakukan serahan dari team analisis kepada team development dan kemudian kepada team tester. Ini menyebabkan banyak miscommunication berlaku, dan akhirnya client yang menjadi mangsa kerana mendapat product akhir yang tak sama dengan apa yang dibincangkan dari awal.

Complete waterfall model

Temukan Agile manifesto!

  1. Dalam  agile, interaksi dan invidividual adalah elemen yang sangat dipentingkan berbanding process dan tools. Dalam waterfall, individual dipecahkan mengikut role. Tetapi dalam agile, kita perlu menyatukan individu2 ini dan membiarkan mereka sering berinteraksi supaya mencapai objektif yang diperlukan.
  2. Agile manifesto mementingkan working software berbanding documentasi yang komprehensif. Ini kerana software akan berubah dan tiada point kita buat dokumentasi yang komprehensif sekiranya kita memang tahu akan ada perubahan.
  3. Agile manifesto juga menuntut penyertaan dari pelanggan secara extensif dalam proses development.
  4. Agile menuntut kita respond kepada perubahan yang diperlukan semasa development.

Scrum Methodology

Scrum methodology adalah variasi agile method  yang digunakan oleh kebanyakan software house hari ini. Scrum boleh membantu untuk menyiapkan projek yang komplek. Walaupun scrum dibina mulanya khas untuk software development, tetapi ia juga berguna untuk sebarang project yang melibatkan skop kerja yang komplek dan memerlukan inovasi. Kebarangkalian kegunaaannya adalah tidak terbatas.

Secara ringkasnya, berikut adalah ringkasan kepada scrum methodology atau framework ini.

  • Product owner akan menghasilkan wish list yang penting dan dipanggil sebagai product backlog.
  • Semasa sprint planning, team member akan memilih bahagian kecil dari atas wish lish, iaitu sprint backlog, dan decide bagaimana nak menyiapkan bahagian tersebut.
  • Team member biasanya memperolehi satu tempoh masa, biasanya 2-4 minggu untuk menyiapkan kerja tersebut, tetapi akan bertemu setiap hari untuk menyemak progress (daily scrum)
  • Sepanjang masa, scrummaster akan membantu team untuk focus pada gol yang ditetapkan.
  • Pada penghujung sprint, kerja tersebut sepatutnya boleh diserahkan pada client.
  • Sprint tamat dengan sprint review dan retrospective.
  • Pada sprint yang seterusnya, team member akan memilih satu lagi bahagian dari product backlog dan mula berkerja lagi.

Role dalam Scrum 

Dalam scrum terdapat 3 role yang utama

  1. Product owner
  2. Scrum master
  3. Development team members

Product owner 

Product owner adalah suara dari pelanggan. Product owner akan menetapkan product backlog. Beliau bertanggungjawab menetapkan apa yang team member patut kerjakan dahulu, dan apa prioriti mereka. mereka juga banyak bercakap dengan stakeholder untuk memastikan product backlog bertepatan dengan keperluan mereka. Product owner perlu menulis product backlog dalam bentuk user stories.

Scrum master

Mereka bertanggung jawab untuk memastikan kerja ahli kumpulan bergerak lancar. Apa apa yang melambatkan kelancaran kerja perlu diambil perhatian oleh scrum master.  scrum master adalah facilitator dan perlulah seorang yang tegas supaya ahli kumpulan tidak tersasar dari sprint. Apabila ada apa yang membuatkan kerja tergendala, scrum master perlu campur tangan dan menjalankan kerja tersebut sendiri supaya ahli kumpulan boleh menyiapkan chunk tersebut.

Team success adalah priority oleh scrum master.

Development team

Mereka adalah ahli yang menulis code dan menguji mereka.

 

Artikel seterusnya -> Scrum Events , Sprint planning.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *