Model Photoshoot Session

Ada banyak perkara perlu difikirkan dan dirancang sebelum anda menjalankan proses fotografi bersama model. Paling penting, kita harus tahu apakah yang perlu dicapai dari sesi photoshoot tersebut. Sebagai contoh, product owner perlu mempunyai KPI untuk menilai keberkesanan gambar yang akan dihasilkan dalam membantu menjayakan kempen iklan yang akan dijalankan.

Antara perkara yang paling penting adalah memikirkan bagaimana gambar akan menukar trafik kepada jualan. Sekiranya gambar tersebut tidak boleh menukar trafik kepada jualan, maka sia-sialah sesi fotografi itu.

Pemilihan model juga sangat penting kerana model memainkan peranan untuk menarik pandangan dan sangat penting untuk model pandai menggayakan produk yang akan dirakam. Menggunakan model sambilan atau baru pun tak ada masalah tetapi model yang sudah berpengalaman akan menjimatkan masa. Kadangkala menggunakan model yang kurang sesuai, tidak pandai menggayakan produk, akan menyebabkan gambar yang menarik tidak dapat dihasilkan dan seterusnya membazirkan masa tenaga dan wang saja.

Jurugambar juga penting. Jurugambar yang kurang berpengalaman tidak mampu mengekspressi keperluan pelanggan dalam fotografi. Sangat penting untuk product owner menilai sendiri hasil hasil kerja yang terdahulu supaya dapat memilih photographer product yang sesuai.

Studio yang lengkap membantu mempercepatkan kerja kita. Keselesaan juga amat penting dalam proses kerja. Perlu dipastikan studio dengan peralatan yang lengkap, selesa, ada ruang yang cukup, serta mempunyai proses review semasa rakaman (tethering)  kerana ini adalah elemen asas untuk proses kerja dalam studio.

Pemilik product juga perlu menyediakan creative brief untuk difahami oleh jurugambar.  Anda boleh menulis creative brief berdasarkan template disini

HOW TO WRITE A KILLER CREATIVE PHOTOGRAPHY BRIEF TEMPLATE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>