Monitor untuk editing dengan resolusi tinggi

Salam Semua.  Berikut adalah sedikit panduan untuk anda apabila memilih monitor untuk foto editing.

Dell UltraSharp 27 U2717D 27”

Dell UltraSharp 27 U2717D 27”
Monitor 27-inci ini dikuasakan oleh resolusi WQHD. Peranti ini menawarkan bukan saja saiz yang besar, tetapi juga resolusi tinggi untuk menyunting dengan baik. Kebanyakan monitor hari ini masih ladi pada paparan standard iaitu 1920 X 1080 piksel.  Akan tetapi  dengan Dell UltraSharp, jurugambar profesional boleh mendapat resolusi yang lebih tinggi iaitu sekitar 2560 X 1440 piksel dengan kuasa WQHD.

Switching In-Plane atau IPS  aalah fungsi yang memberikan kita warna sebenar apabila menonton pada sudut tontonan yang besa. Paling penting juga monitor ini menawarkan 99% ruang warna sRGB dengan sekitar 16.7 juta warna. Monitor ini juga telah dikalibrasi dari kilang.

Monitor dell  ini datang dengan nisbah aspek 16: 9 bersama dengan pilihan sambungan digital. Dell UltraSharp menyokong USB dan juga port HDMI.

 Harga dari RM2450

BenQ SW2700PT 27”

Monitor BenQ SW2700PT menawarkan  teknologi IPS dan ruang warna Adobe RGB 99% yang luas. Ia memberi anda pelbagai warna dan paparan warna yang hebat.

Harga dari RM2800.00

SAMSUNG 28″ UE590 4K Ultra HD Monitor with AMD FreeSync – LU28E590DS/XM

Monitor Samsung UE590 UHD menawarkan imej luar biasa 8 juta piksel yang mengagumkan, pada resolusi 4x lebih besar daripada Full HD. Kandungan 4K memberikan paparan terperinci realistik. Paparan warna adalah pada 1 bilion warna dan liputan sRGB pada 97% manakala adobeRGB pada 66%.  Saya menasihatkan anda calibrate untuk mendapatkan warna yang lebih tepat.

Harga adalah pada RM1900.00

Antara lain juga yang boleh dipertimbangkan adalah

  • ASUS Designo MX27AQ 27”
  • EIZO ColorEdge CG318-4K 31.1”
  • HP Z27s 27”
  • Acer H257HU SMIDPX H7 25”

Semoga senarai ini boleh bantu anda mendapatkan monitor yang lebih baik untuk kerja anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>