Penting ke mode manual pada kamera?

Jawapan untuk soalan tajuk ni sebenarnya mudah je, ianya depend kepada apa yang kita nak rakam. Dalam banyak situasi, mode manual langsung tidak diperlukan. Malah digalakkan untuk rakam guna mode-mode automatic untuk mempercepatkan masa. Itupun jika hasil mode auto itu tepat dan konsisten.

Akan tetapi kadangkala, jurugambar perlu berhadapan dengan situasi dimana sumber cahaya adalah tricky, exposure yang baik sukar diperolehi dan meter kamera pula diperdaya oleh silauan dari sumber sumber cahaya lain. Malah, ada waktunya kita perlu menetapkan exposure berdasarkan kreativiti rakaman yang kita perlukan. Maka, disini datangnya keperluan untuk memahirkan diri dalam mode manual.

Jurugambar professional, iaitu jurugambar berbayar, wajib memahami mode manual secara mendalam. Ini kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang sukar, dan anda perlulah mempunyai ilmu dan latihan yang cukup.

Kadang kadang, kita akan jumpa jurufoto yang cakap, buat apa nak shoot manual? guna auto pun boleh. Obviously jurufoto ini belum mempunyai pengalaman menghadapi situasi yang sukar dalam kerja fotografi, dan mungkin beliau tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam kawalan penataan cahaya.

Saya ingin beri contoh situasi dimana jurugambar perlu memahami mode manual, dan menggunakan mode manual akan membantu anda mencapai hasil yang lebih konsisten setiap masa

Situasi 1 : Backlighting

Anda pasti akan hadapi backlighting pada sesuatu masa, samada shoot family, travel, event, berbayar atau tidak, sometimes anda memang tak ada kawalan kepada sumber cahaya! Jadi disini, anda perlu menghadapi situasi yang menyukarkan metering dari berfungsi dengan baik.

Menghadapi backlighting dengan berani, akan menjadikan akan seorang jurufoto yang lebih matang dalam menghadapi cabaran penataan cahaya. Jika digunakan dengan betul, backlighting memberikan impak kesan dramatik dalam gambar. Akan tetapi, menghadapi backlighting sangat sukar jika kita menggunakan mode auto atau semi auto dimana mode mode ini perlu bergantung kepada metering.

Menggunakan backlighting dengan betul menuntut pemahaman kepada konsep kawalan cahaya secara terperinci. Anda perlu memahami tugas tugas arah cahaya dan bagaimana ia membantu anda mencapai certain look dalam composition.  Light sangat memainkan peranan dalam composition, terutamanya permainan highlight dan shadow.

Mode manual – backlit
backlit 2

 

Situasi 2 : Menggunakan Flash, untuk mencapai satu kreativiti tertentu

Bagaimana korang menggunakan flash? janji terang? Ini bukan cara yang betul untuk menggunakan flash. Apabila kita gunakan flash, kita mempunyai satu sumber cahaya tambahan untuk mendapatkan certain creativity. Satu creativity paling mudah saya boleh share adalah, ambil gambar mugshot dengan cahaya lembut.

Mugshot peserta Kursus fotografi – Giatmara ISO400, 47mm, f/4.0 dan 1/80saat. Flash bounce atas. Reflector dibawah.

Gambar diatas dirakam menggunakan flash sebab cahaya ambient dalam kelas adalah gelap. Saya sengaja menggunakan background dengan highlight yang tinggi (window) dan kemudian sengaja overexposekan background supaya saya memperolehi mode high key.  Kawalan kepada exposure, untuk menjadikan background overexposed, memerlukan kawalan kepada manual secara sepenuhnya. Menggunakan Semi auto dan ubahsuai EV juga boleh digunakan, tetapi selagi sensor bergantung kepada meter, hasil akhir akan berubah ubah jika frame kita berubah walau sedikit. Jadi dengan itu penggunaan manual adalah lebih baik dan menjimatkan masa, dengan hasil yang dijamin tepat. Dalam kerja fotografi yang berbayar, kita tidak ada masa untuk inconsistency. Exposure yang kejap betul kejap salah adalah membuang masa dan merugikan kita.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi situasi kita memerlukan kemahiran mengendalikan kamera dalam mode manual. Antara lain adalah situasi long exposure, atau ketika kita merakam motion atau pergerakan, dimana kita perlu kawal berapa shutter speed yang sesuai secara precise… atau astrophotography.. dan banyak lagi.

Apapun, mempelajari kemahiran baru juga tidak salah. Walaupun anda tak mempunyai keperluan untuk merakam foto secara professional, tetapi merakam gambar family dengan tepat, cantik dan menarik juga boleh menjadi satu kepuasan. Dan merakam secara manual boleh membantu anda mencapai perkara ini.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar
wpDiscuz