Menu

Photomirage hasilkan gambar bergerak dari foto pegun



Video sentiasa memberikan impak yang lebih besar berbanding foto pegun. Bagaimanapun, perisian terbaru dari Corel ini mampu mengubah segalanya dengan teknologi terkini yang memudahkan pengguna untuk menghasilkan video hanya dari sumber foto pegun. Corel photomirage adalah perisian terbaru dari corel yang boleh memberikan nafas baru pada gambar pegun anda.

Photomirage berfungsi dengan  meletakkan titik animasi didalam foto pegun, dan seterusnya memberikan arahan kemana dan bagaimana perubahan animasi perlu dijalankan diatas piksel-piksel tersebut.

Tiada sebarang kepintaran buatan digunakan dalam proses ini. Photomirage cuma memerlukan kita meletak beberapa titik anchor yang menetapkan titik mana harus diabaikan oleh animasi itu. Dengan proses ini, photomirage boleh meletakkan animasi seperti awan dilangit atau pergerakan air.

Photomirage dibina dengan proses yang cukup mudah difahami. Kita boleh mengekpot hasil kerja kita sebagai cinemagraf atau GIFs.

Berbanding dengan Adobe Aftereffect, perisian photomirage bukanlah satu perisian yang compleks untuk digunakan. Adobe After effects boleh menghasilkan animasi kompleks dan sering digunakan dalam penghasilan video komersil atau filem. Anda boleh menghasilkan filem sehebat Avatar atau Avengers dengan menggunakan kesan khas di dalam perisian after effects!

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *