Menu

Plugin photoshop yang membantu edit dan retouch foto potret



Sebagai jurufoto, anda sedikit sebanyak memerlukan ilmu editing untuk memastikan gambar yang dihasilkan menepati keperluan visual masyarakat hari ini.

Sebagai contoh, adalah amat penting dalam dunia fotografi hari ini, kita menghasilkan foto potret dengan kulit yang bersih, kemas tanpa jerawat atau parut yang terlalu banyak. Ini kerana kebanyakan jerawat ini adalah tidak kekal, ianya akan hilang juga satu hari nanti dan pelanggan pasti tidak mahu potret mereka terpapar dengan elemen yang tidak menarik ini.

Tidak semua pelanggan kita mempunyai kulit yang 100% bersih. Sebab itu kita perlu mempunyai teknik teknik yang boleh membantu kita memberikan pelanggan kita apa yang mereka perlukan.

Dalam dunia fotografi terdapat satu process yang dipanggil retouching prosess. Proses retouching adalah satu proses editing yang spesifik untuk memperbaiki visual sesuatu gambar. Sebagai contoh, jika terdapat jerawat, proses retouching akan membuang jerawat ini. Jika tone kulit tak sekata, retouching proses akan memberikan tone yang menarik.

Adalah sangat penting seorang yang membuat proses retouching, memahami proses beautification pada wajah. Sebagai contoh, jika anda tak tahu dan tiada idea bagaimana lipstick dikenakan pada bibir, bagaimana pula anda nak retouch bibir sehingga nampak cantik?

Ramai jurufoto menyangka proses fotografi adalah setakat capture dan click saja. Ini tidak tepat. Anda adalah dalam creative industry dan jika anda merakam manusia, sebagai contoh, wedding, anda merakam seseorang yang membelanjakan beribu ribu ringgit untuk kelihatan cantik. Memahami teknik fotografi seperti mendapatkan exposure yang baik dan angle yang menarik mungkin boleh melayakkan anda merakam gambar bunga atau lanskap, tapi untuk merakam gambar manusia utk kelihatan cantik, anda perlu faham apakah yang dikatakan cantik. Jika anda sendiri tak boleh tahan isteri anda bersolek berjam jam untuk kelihatan cantik, how come anda boleh appreciate usaha seorang manusia untuk kelihatan cantik?

The best retoucher, adalah mereka yang memahami proses solekan dan memahami struktur facial yang dikatakan kemas, cantik dan menarik. Whatever yang anda buat, samaada extreme ataupun light retouching, ultimate goal adalah menjadikan subjek kelihatan menarik dalam foto.

Proses Retouching yang paling basic – Healing

Proses retouching yang paling basic adalah proses healing kepada kulit. Dalam proses ini anda perlu membersihkan jerawat jerawat dan parut parut yang sangat obvious. Amat penting juga kita membersihkan jika anda rambut yang jatuh dihadapan muka dan mengganggu detail wajah. Proses healing adalah amat mudah dan anda boleh menggunakan teknik spot healing atau teknik healing tool yang ada didalam photoshop. Anda juga boleh menggunakan healing tool dalam adobe lightroom atau sebagai healing tool dalam software software lain. Menggunakan latest software adalah lebih baik, kerana sebagai contoh, adobe photoshop cc 2015 dan keatas mempunyai algorithm healing dengan content aware calculation yang lebih tepat dan pantas. Ini memudahkan kerja kita dalam proses editing.

PLUGIN PHOTOSHOP – IMAGENOMIC PORTRAITURE

Salah satu tool yang saya telah gunakan sejak tahun 2005 untuk membantu proses skin repair adalah perisian imagenomic portraiture.

Perisian imagenomic portraiture ini akan membersihkan kulit dengan sekali klik. Dan ini adalah yang paling efektif berbanding perisian lain. Tetapi perisian lain pun ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Portraiture boleh digunakan dalam batch processing. Ini memudahkan anda untuk retouch beribu ribu gambar dalam masa yang singkat.

Perisian ini bukanlah perisian yang terlengkap, tetapi, untuk skin repair, perisian ini sangatlah mudah dan mempercepatkan kerja. Ada banyak lagi situasi retouching yang memerlukan kita menjalankan tugas retouching seperti manual. Contohnya jika kita menjalankan kerja komersil, kita mungkin perlu menggunakan teknik HIGH END RETOUCHING bagi memastikan ketepatan dan texture retaining pada skin.

Ada banyak lagi teknik retouching yang perlu dipelajari jika anda serious dalam portrait photography. Sebagai contoh, bagaimana membetulkan mata yang sebelah kecil, bagaimana membuang blood clog dalam arteri pada mata,  bagaimana menjadikan hidung lebih mancung, menjadikan bibir tidak kering sangat dan macam macam lagi.

Jika anda berminat untuk mempelajari teknik teknik ini, anda bolehlah mendapatkan video tutorial Advance photo retouching saya. Dalam set ini, anda akan mempelajari kebanyakan teknik teknik penting untuk membuat proses retouching. Anda akan mempelajari teknik high end retouching, basic retouching, dan software software yang boleh membantu anda dalam membuat proses retouching.

Didalam set video ini juga, anda akan dibekalkan dengan photoshop action saya sendiri yang akan membantu anda mencapai hasil professional dengan sekali click saja. Dalam action ini, ia akan menjalankan proses Frequency separation secara automatic, dan proses skin healing secara automatic. Dengan itu anda akan mendapat hasil professional dengan cepat dan berkesan.

TEMPAHAN

Untuk tempahan, anda boleh terus membuat bayaran sebanyak RM150 kepada Maybank, 562366116404 adhadi mohd resources, kemudian terus email adhadi@gmail.com atau whatsapp 013 3173128 dengan slip bayaran . Tuliskan “Tempahan Video Tutorial Portrait Retouching.” Anda akan menerima video download (2gb++) melalui google drive – email atau DVD pos laju.

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *