Sekitar Aktiviti Coverage Fotografi JomNikah Putrajaya 2017

Sekitar Aktiviti Coverage Fotografi JomNikah Putrajaya 2017

Assalamualaikum wbt

Alhamdullilah aktiviti jomnikah ni berjaya juga dilaksanakan. 25 pengantin telah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada hari tersebut.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh Yayasan Kebajikan Malaysia atau MCCF yang diperbadankan dibawah badan hal undang undang Jabatan Perdana Menteri.

Program ini mendapat tajaan dari pelbagai syarikat.

Dari segi photo coverage pula saya sebagai jurulatih fotografi sekadar menggalak dan mengumpulkan jurufoto jurufoto yang berminat untuk menjadi sukarelawan pada program tersebut. Alhamdullilah ianya mendapat sambutan memberangsangkan dan sebanyak 24 orang jurufoto telah hadir menyumbang tenaga dalam program ini.

Kami telah mengkoordinasikan tugas kami melalui group whatsapp saja. Dan semua yang hadir ini adalah 100% sukarelawan tanpa mengenakan sebarang bayaran sedikit pun.

Antara Gelagat Jurufoto yang terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *