Lightroom atau Photoshop? Mana satu lebih penting?

Antara soalan yang paling banyak ditanya, nak pakai lightroom atau photoshop? Mana satu lebih penting?

Soalan ni umpama menanyakan, nak pakai sudu ke garfu? Walaupun keduanya untuk makan, tapi fungsinya adalah sedikit berbeza.

Pada saya, saya sangat memerlukan keduanya.  Dan tak boleh survive kalau takde satu. Mean, kerja mungkin tak siap dan tak lengkap.

Lightroom

Lightroom sebenarnya bukan pendatang baru.  Saya menggunakan lightroom sejak tahun 2007 iaitu version 1 lagi. Pada masa itu memanglah photoshop sangat popular. Tetapi dengan ledakan fotografi digital, terdapat keperluan untuk sebuah perisian yang boleh membantu para peminat fotografi, mengedit dan mencantikkan gambar dengan lebih mudah. Disini didatangkan lightroom.

Lightroom mempunyai fungsi yang membantu pengguna, memilih dan mengurus gambar gambar dengan mudah dan cepat. Terdapat proses katalog dimana kita boleh menyusun dengan kemas struktur foto foto yang telah dirakam. Kita juga boleh sort dan label gambar gambar kita untuk memudahkan proses carian.

White balance & Color Correction

Mengubahsuai white balance adalah amat mudah dalam lightroom. Sebelum ini proses editing perlu menggunakan color balance untuk pengubahsuaian warna. Tapi dengan lightroom, kita cuma perlu menarik satu slider dan wb akan diubah seperti proses yang kita buat dalam kamera, iaitu preset wb yang sedia ada.

Soft color enhancement seperti ini sangat mudah dijalankan melalui lightroom. Penggunaan preset seperti Colorpack mempercepatkan lagi proses mendapatkan warna yang cantik dengan begitu pantas.

Keseluruhan proses color correction juga menjadi lebih mudah, dimana kita boleh memperbaiki sebarang kecacatan dengan hanya menarik slider warna, dan exposure.

Proses editing dalam lightroom adalah sangat pantas. Kita boleh membetulkan warna, dan menjalankan proses pewarnaan kreatif dengan cepat. Saya pernah membuat color correction pada 1000 gambar dalam masa beberapa jam saja. Proses yang streamlined, user interface yang mudah difahami menjadikan perisian lightroom sangatlah diperlukan dalam workflow saya. Saya juga telah mencuba perisian lain seperti capture one, dxo optic, acdsee, rawtherapee dan macam macam lagi, tapi pada saya, Lightroom adalah yang terbaik sekali.

Photoshop

Photoshop adalah sebuah perisian raksasa yang telah wujud sejak era awal komputer. Saya telah menggunakan photoshop sejak version 3 dan menggunakan perisian ini secara extensif sehingga kehari ini, maksudnya daily used.  Sangat susah nak jumpa hari dalam hidup saya tak bukak photoshop.

Saya menggunakan photoshop untuk design grafik, photo enhancement, photo retouching dan kadang kadang, manipulasi photo. Saya banyak mempelajari benda baru dalam photoshop kira kira 20 tahun lepas, masa saya saja saja je praktis buat wallpaper siti nurhaliza. Kalau di google masih la jumpa lagi sikit. Masa tu la saya kenal lasso, clone stamp, layers dan banyak lagi.

 

20 tahun lepas, takde youtube. Tutorial takde la sebanyak hari ni. Kalau hari ni anda tanya saya, saya akan advice anda belajar Adobe After Effects dan visual effects. Zaman sekarang zaman video. Walaupun static image masih digunakan, tapi kemahiran video dan vfx mempunyai lebih banyak demand dan kurang  jumlah expert.

Dengan photoshop, anda boleh buat banyak magik. Anda boleh jadikan orang yang tak lawa fizikalnya, menjadi seperti seorang supermodel. Anda boleh distort reality. Mata kecil boleh dibesarkan, apa yang xde boleh diadakan, dan apa yang mengganggu foto boleh dibuang.

Editing penukaran latar dengan photoshop. Gambar diambil dalam studio dengan latar putih

Mempelajari photoshop, adalah jauh lebih sukar dari mempelajari lightroom. Dan anda perlu ada spesifik target dalam otak kita. Sedangkan lightroom kita boleh tarik slider secara mindlessly dan stop pada setting yang kita suka. Photoshop tidak begitu. Photoshop perlukan kemahiran yang jitu.

Sebagai contoh, untuk mengubah exposure, anda perlu memahami teknik menggunakan curve dan level dengan baik. Photoshop juga adalah layer based software, dimana kita boleh membuat perubahan pada beberapa tempat dengan precise. Kita boleh menggunakan layer mask atau teknik selection supaya boleh target perubahan pada tempat tertentu. Pada lightroom, walau kita ada adjustment brush, tetapi proses ini lebih sukar nak dibuat berbanding dibuat dalam photoshop.

Gambar landscape dengan pelbagai tonal range, memerlukan photoshop untuk membuat layer blending prose

Photoshop boleh buat banyak benda. Tapi kelajuan dan kepantasan workflow bukan satu daripadanya. Jika kita seorang jurufoto cari makan, kena ada dua dua skill, lightroom dan juga photoshop. Dan saya sangat menyarankan anda belajar lightroom dahulu. Dan sedikit demi sedikit pickup photoshop skill.