Studio Lighting – Teknik mendapatkan background putih

Bagaimana mendapatkan latar belakang putih dalam studio? Ok disini saya kongsikan beberapa tip agar anda boleh dapatkan gambar white studio tanpa perlu editing dalam photoshop.

 

  • Anda memerlukan latar yang putih untuk dapatkan warna putih. Kalau warna lain, boleh juga, tapi light sikit la. Tapi bila warna lain, leceh sedikit sebab kita kena overexposekan latar dengan banyak. Stay dengan putih.
  • Kita boleh gunakan dinding rumah/bangunan berwarna putih sebagai latar.
  • Kita juga boleh gunakan kain putih atau kertas putih sebagai latar. Anda tak perlukan white studio khas untuk dapat gambar white studio. Kebanyakan gambar boleh dicapai menggunakan item dirumah. Cuma problem dia lampu la… tak cukup lampu tak putih.

  • Anda perlu lampu background yang cukup kuat. Background light tersebut perlulah meliputi kawasan dari bucu ke bucu. Penggunaan lampu studio khas diletakkan dibelakang subjek dengan menggunakan barndoor boleh membantu.
  • Anda boleh menggunakan light meter utk mengukur kekuatan pancaran cahaya backlight tersebut.
  • Kekuatan pancaran yang diperlukan adalah +2/3 ev lebih tinggi dari Main light. Mean kalau Main light anda f/11, anda perlukan cahaya dengan ukuran f/14 pada dinding tersebut.
  • pancaran tersebut perlulah cukup rata dari bucu ke bucu.
  • Anda perlu berhati hati supaya lampu latar tidak spill ke depan dan menyebabkan bucu subjek hilang contrast.. atau nampah soft dan keputihan.
  • Jika tidak ada meter, anda boleh semak melalui LCD kamera anda.

 

Gambar ini adalah gambar Family Raya Photoshoot di Adhadi Mohd Studio. Anda boleh mendapatkan gambar keluarga seperti ini dengan harga serendah RM130. Whatsapp 013 3173128 sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan fotografi ini.

Terima kasih kepada Keluarga Safir yang sudi menggunakan perkhidmatan kami.