Kadang kadang tengok teman teman fotografi ni berbual kat facebook, kadang kadang nak tergelak pun ada. Tapi tengok diaorang ni konfiden je bila menulis. Ada yang menulis pasal buat apa nak guna flash, kamera dah power. Lens dah power… Anda takde idea apa anda missed… next time baca bacalah dulu buku fotografi sebelum berkongsi ilmu yang sesat.

Di dalam fotografi, pemahaman tentang cahaya adalah satu perkara yang amat penting sekali. Cahaya ni bukan tentang gambar jadi terang benderang saja… bila belajar tentang cahaya, kita perlu belajar tentang shadow, dan bagaimana transition dari highlight ke shadow, juga dipanggil shadow edge transfer.. atau bucu bayang bayang la tu.

Setiap highlight, setiap shadow, dan setiap bucu itu akan mempengaruhi bagaimana satu subjek kelihatan. Nak cerita banyak pun, deep sangat… masuk kelas lighting saya la.. saya ajar.

So satu contoh waktu kita guna flash waktu terang benderang, adalah apabila cahaya skylight tidak dapat memberikan main light yang cukup untuk subjek… apakah skylight? skylight adalah cahaya yang terpantul dari alam, langit, sekeliling, tapi tak direct dari sumber cahaya utama iaitu sunlight. Kat kamera ko ada white balance direct sunlight kan? cer tengok…

Sebagai contoh dalam gambar ni… yang ada skylight… direct sunlight ada tapi jatuh jauh di tengah laut. So cahaya yang ada ni adalah cahaya alam persekitaran.. tak direct dari matahari. Tapi disebabkan langit dan awan menerima cahaya direct sunlight.. maka exposure kawasan itu adalah lebih cerah. Muka pula dapat cahaya dari skylight, tak boleh lawan latar belakang, so dia gelap la sikit.

Bila gelap, detail permukaan tak jelas. Main light tak jelas. Mata golap… apo ko nampak?

So, bila main light tak cukup kuat untuk beri exposure yang cukup jelas.. bukak la flash itu.

Oke oke saya dah trangkan sikit kat lightroom. haha. tapi kalau takde flash.. kita tak nampak pun kulit muka jelas macam tu.

Contoh lagi…. tanpa flash yang mencukupi

sekarang kita tambah light.. dan adjust sikit color vibrance…

Dan bila kita datang semakin rapat kepada subjek, cahaya akan lebih terang, Ini ada kaitan dengan inverse square law. Basically ianya cuma pemahaman kepada bagaimana cahaya berfungsi. Sebenarnya mudah saja dan saya rasa, semua photographer wajib memahami apa kaitan inverse square law dengan hasil gambar yang akan kita perolehi.

Flash yang saya gunakan adalah flash metz 58… i think… direct flash.

Sebenarnya banyak lagi ilmu tentang cahaya yang perlu kita fahami bila kita betul betul berminat dengan fotografi. Dalam kelas lighting saya, anda akan pelajari konsep konsep asas yang unik ini semua. Semua konsep ini sangat penting untuk difahami dan anda takkan dapat ilmu ilmu yang akan dikongsikan ini dari kelas kelas fotografi lain,…

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *