Tip lightroom – export gambar kepada web atau socmed

Tip lightroom – export gambar kepada web atau socmed

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share setting yang tepat untuk mengekspot gambar dari lightroom utk tujuan paparan di web atau social media.

Perhatian papan dibawah

  1. Anda perlu menetapkan kualiti dari 60-80%. Ini kerana, kualiti 100% akan memberikan saiz fail yang lebih besar dan kualiti dari 60% dah tak nampak jauh beza sangat dengan yang 100%. Skrin monitor tak dapat menampakkan kesemua detail yang ada dalam paparan 100%. Kualiti tertinggi hanya nampak perbezaannya bila anda print besar seperti 16inci dan keatas.
  2. Setkan size kepada 800pixel. Ini kerana kebanyakan monitor masih pada size 1366px utk laptop dan 1920 utk monitor biasa. Sangat kurang pengguna 4k monitor hari ini. Tetapi jika anda target paparan untuk 4k monitor audience, anda boleh setkan pada 2000px.
  3. Setkan resolution pada 72px atau 96px. Anda tidak perlu letak 300ppi kerana screen komputer simply tak mempunyai resolution lebih dari 72ppi dan sesetnegah monitor pada 96ppi. Hanya set resolution 300 ppi untuk tujuan printing saja. Hanya printer boleh cetak 300 dot per inch.

Ini sajalah setting yang perlu kita set apabila mengekspot gambar utk paparan di web atau socmed. Kalau kita stick dengan setting ni insya allah website kita akan dapat di paparkan atau loading dengan pantas dan optimum.

 

Cara save gambar dari lightroom utk paparan di web dan social media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *