1. Budget adalah perkara yang sangat penting apabila memilih kamera. Pilihan anda terhad jika bajet ciput. Ini perlu difahami dahulu.
  2. Tujuan anda merakam juga penting. Kerana setiap kamera dibina berlainan. Sebagai contoh, kamera canon 7d mark II mempunyai Frame per second yang lebih banyak berbanding canon 80d. Buffer dalam kamera itu juga berbeza. Menjadikan kamera canon 7d mark ii lebih sesuai digunakan dalam merakam wildlife atau sport.
  3. Apabila anda mahu travel, berat barangan ada satu faktor utama. Antara top end quality vs mobility, manakah yang anda pentingkan? Lensa top end seperti 70-200 f2.8, 24-70mm f2.8 dan high end ultra wide adalah berat dan besar. Anda mungkin mahu fikirkan lensa zoom yang lebih kecil seperti 17-40mm f4 tetapi ianya memberikan kreativiti yang lebih terbatas.
  4. Mempunyai bahan bacaan yang banyak, menyemak majalah dan outing bersama kawan kawan fotografi boleh membantu anda dalam membuat keputusan kamera apa yang terbaik.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *