Ada banyak perisian recovery yang terdapat dipasaran. Disini saya listkan perisian recovery yang efektif khas untuk photo yang mungkin anda boleh cuba sekiranya menghadapi situasi kehilangan data.

Penting juga diingatkan bahawa, kesilapan dalam pengendalian media storage selepas kehilangan data, BOLEH MENYEBABKAN KEHILANGAN DATA SECARA TOTAL dimana kita tak boleh nak restore lagi selepas tu. Jadi berhati hatilah. Kalau tak sure boleh dapatkan khidmat bantuan dari saya.

  1. Stellar Phoenix Photo recovery

Perisian ni sangat komprehensif dan sangat efektif. TIdak percuma.. tapi of course benda baik perlu berbayar. Proses recovery adalah sangat mudah.

  • Boleh restore gambar dari kamera digital, kad memori, semua media dalaman & luaran
  • Boleh kenalpasti fail filem MXF yang hilang atau dipadam, fail HD-MOV dan Adobe EPS
  • Memudahkan restore lebih daripada 100 jenis fail multimedia
  • Pulihkan foto yang hilang disebabkan oleh format secara tak sengaja atau kerosakan media
  • Mengembalikan gambar yang telah dihapuskan tarikh asalnya, model kamera / nama dan / atau nama fail
  • Restore  dari semua jenama kamera digital seperti GoPro, Canon, Nikon, Fuji, Kodak, Leica, Sony dan lain-lain.

 

  1. Easeus Data Recovery Wizard

Software ni sangat powerful. Tapi sangat mahal juga. Boleh cuba download yang free dulu. EaseUS ni boleh restore data akibat format, kerosakan harddisk, serangan virus dan malware, dan macam macam lagi. Cara restoration juga mudah. Free version boleh restore 2gb saja. Pro edition berharga 70 dolar atau RM300, lebih kurang. Bought this one.

 

  1. R-Studio 

R-studio adalah kegemaran saya dimana ia mempunyai features professional termasuk network dan raid support. Telah menggunakan software ini sejak 2012 rasanya.

Jika 2 software diatas tidak berkesan, anda boleh cuba software ini.

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih