Posted on Leave a comment

7 Perkara perlu dielak semasa berkomunikasi

7 Perkara perlu dielak semasa berkomunikasi 1

Salam. Dalam diri kita yang serba kekurangan ni, sebenarnya sentiasa ada perkara baru yang perlu dipelajari. Berikut adalah sedikit nota yang saya catatkan semasa cuba mempelajari tentang teknik berkomunikasi. Nota ni tak adalah lengkap, hanya ringkasan dari sumber yang saya perolehi. Semoga ianya bermanfaat untuk sahabat sahabat pembaca blog semua.

1. Gossipping
Bercakap buruk tentang orang lain yang tidak ada disekitar
Cakap yang baik baik saja tentang orang lain.

2. Judging
Elakkan menilai orang dengan apa yang kita nampak dan dengar. Kadang kadang, kita tengok orang tu selekeh, tapi sebenarnya ada kehebatan pada dirinya yang tak ada pada kita. Belajarlah bersangka baik dan elakkan menilai sekilas pandang.

3. Negativity
kalau kita asik bercakap yang negatif tentang semua benda.. orang susah nak dengar apa yang kita cakap. Kadang kadang ia akan menjadikan orang lain meluat dengan kita.

4. Complaining
Asyik komplen tentang semua perkara tak akan menjadikan keadaan lebih baik. Sebarang kekurangan yang kita hadapi, kita harus belajar bersyukur dan sekiranya perlu, kita fikirkan dan kongsi solution. Insya Allah orang akan mudah mendekati kita.

5. Excuses
asyik blame orang lain. not my fault… menjadikan orang lain rasa frustrated

6. embellishment / lying
Apabila kita suka menambah nambah detail, terutamanya sesuatu yang tidak benar, orang mudah menangkap apa yang kita cakap itu tidak betul. Elakkan menambah nambah cerita untuk menjadikanya lebih menarik. Sebaliknya olah saja ayat dalam bentuk positif atau yang kelakar untuk menjadikan orang mudah menerima maklumat dari kita.

7. dogmatism
Apabila kita terlalu berpegang pada satu perkara, dan menganggap pendapat dan kata kata orang lain salah, kita akan menjadi seorang yang sukar didekati. Dengarlah pandangan orang lain, kita boleh tidak bersetuju tapi elakkan untuk terus menolak utk mendengar.

Pemahaman saya mungkin ada yang kurang tepat, jika anda ingin perbetulkan, bolehlah letak dalam ruang komen.

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *