Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini canon telah melancarkan product flash terbaru iaitu canon speedlite 470 ex ai. Speedlite ini berfungsi sama macam speedlite speedlite canon yang lain, dengan semua ciri biasa yang disertakan.

Akan tetapi saya agak excited kerana flash ini mempunyai ciri terbaru tambahan iaitu automatic intelligence bounce. Maksudnya, flash tersebut akan memusingkan sendiri flash head ke arah kawasan bounce yang paling optimum.

Caranya adalah mudah, flash akan memancarkan satu cahaya pre-flash dan proses ini akan memberikan arah bounce yang sesuai. Kemudian flash head akan dihala kepada kawasan bounce, dan flash akan memancarkan cahaya yang sesuai supaya mencukupi untuk exposure.

Proses ini adalah automatik. Pengguna tidak perlu memikirkan sebarang pengiraan, pengagakan dan sebagainya. Flash akan menentukan OPTIMAL ANGLE. 

Sebenarnya sebarang ciri yang boleh membantu memudahkan kerja jurugambar adalah sangat dialu-alukan. Kelebihan ciri ini adalah, MUDAH. Anda tak perlu fikir arah mana nak bounce, dan berapa kuasa flash yang sesuai untuk dipancarkan.

Akan tetapi, apakah maksud optimal angle?

Angle, atau sudut pancaran cahaya adalah sesuatu yang sangat penting dalam kerja fotografi. Sudut, kualiti dan contrast sangat memainkan peranan kepada hasil akhir gambar. Adakah anda mahukan portrait rembrandt? loop lighting? high key? low key?  Mood apa yang mahu dicapai?

Bergantung kepada OPTIMAL ANGLE yang diberikan secara automatik oleh flash tersebut, adalah satu kaedah yang pastinya akan meletakkan anda dalam kategori jurufoto yang cuma tahu SATU KAEDAH KREATIF saja dalam menggunakan flash.

Ye, menetapkan bounce angle memerlukan idea kreatif. OPTIMAL ANGLE ini maksudnya satu angle yang diputuskan oleh engineer flash canon sebagai “ANGLE DIMANA GAMBAR AKAN TERANG SOKMO”

Teknik penataan cahaya adalah satu teknik kreatif yang memberikan anda peluang untuk menghasilkan apa saja kreativiti dalam fotografi. Terdapat infinite creativity yang boleh dicapai dan semuanya terpulang kepada gabungan setup, arah, setting dan kepelbagaian idea. Sebagai contoh, mungkin anda boleh merujuk tutorial ini :  Teknik penataan cahaya – Portrait lighting di dalam rumah untuk mendapatkan salah satu kreativiti di dalam rumah.

Anda juga boleh mendaftar kursus dibawah untuk mendapatkan pengetahuan lengkap bagaimana menggunakan speedlite anda dengan lebih baik.

Kursus Fotografi Lanjutan – Flash & Lighting

 

 

 

 

 

Share with your friends: