Kadang kadang kita akan menghadapi masalah thumbdrive yang tak boleh dibuka atau detect oleh komputer. Cuba kat komputer lain pun sama. Masih tak boleh detect.

Hari ni saya nak kongsi cara nak mengatasi masalah ni. Tapi ni adalah salah satu kaedah saja. Penyebab kerosakan mungkin faktor faktor lain jadi kita kena cuba semua method yang kita tahu. Sekurang-kurangnya jika faktor kerosakan adalah faktor kerosakan partition, kita boleh recover dengan mudah menggunakan perisian yang saya kongsikan ini.

Sekiranya kerosakan adalah disebabkan oleh corrupted partition, alhamdullilah, sebab maknanya tak banyak benda yang rosak dan kita boleh repair dengan mudah. Selalunya, corrupted partition akan menyebabkan windows boleh detect hardware, tapi tak keluar dalam list disk.

CARA MENGESAN KEROSAKAN THUMBDRIVE

Untuk menyemak adakah usb drive dapat dikesan atau detected, klik pada device manager dan semak senarai device.

Untuk menyemak adakah usb drive mempunyai corrupted partition, sila semak dalam panel Disk Management

masalah thumbdrive tak boleh dibaca

Disk management utility panel

Sebarang disk yang healthy, dengan partition yang juga healthy, akan keluar dalam disk management software. Untuk mengakses panel window ni, anda boleh search “Disk” pada panel windows search anda.

Cara mengakses Disk management dari windows search

 

CARA MEMBAIKI PARTITION

Untuk membaiki disk yang mengalami kerosakan partition, download easeus partition master . Didalam perisian itu, klik pada Wizard, Partition recovery wizard.

 

Partition recovery wizard interface

 

Dari sini cara recover sebenar agak mudah dan straightforward. Click saja next sampai habis.

Anda boleh melihat video cara menggunakan partition wizard dibawah ini.

Cara menggunakan Partition master

Sekiranya partition master tak boleh recover partition anda, anda boleh cuba menggunakan easeus data recovery untuk recover data anda.

 

 

 

Share with your friends:
  • 81
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih