Sebenarnya, semua device, tak kira mac, windows, low end atau high end monitor, tetap kena calibrate.

Tak percaya? try tengok video official dari eizo ni… monitor dia pun dia suruh calibrate walaupun harga dia jauh lagi mahal dari mac.

Masih tak percaya mac perlu di calibrate? cuba tengok perbezaan sebelum dan selepas saya calibrate mac tuan @amir rodof ni…

Mac Sebelum di calibrate

Kalau mac yang mahal tu pun kena calibrate, apatah lagi monitor biasa kan..

Mata anda sebenarnya tidak mampu untuk detect warna monitor anda tepat atau tidak. Proses ni cuma mampu dijalankan oleh sensor saja.

Keyakinan anda kepada brand atau model tertentu juga bukan satu tiket untuk memastikan ketepatan warna monitor anda. Hanya selepas anda calibrate screen anda dengan mesin calibration yang baik barulah anda boleh yakin dengan ketepatan warna pada monitor anda.

Share with your friends: