Menu
Studio Fotografi
  • Home
  • Perkhidmatan
    • Pakej Fotografi perkahwinan
    • Pakej fotografi keluarga dalam studio
    • Portfolio Fotografi
    • Perkhidmatan Fotografi
    • Green Screen Studio Rental For Photo or Video
    • Headshot Photographer, Jurufoto Korporat – Group Photo & Business Portrait
    • Photography Studio Rental
  • Galeri & lain lain
    • Contact me
    • Direct whatsapp
Studio Fotografi

Beza F stop dan T Stop

Posted on July 2, 2018 by adhadi mohd

Ada sahabat bertanya tentang lens yang beliau ingin beli, dan beliau ternampak pelbagai pilihan lensa dengan tanda T1.5 seperti ini

Samyang 35mm T1.5

Jadi dalam artikel ini saya akan membantu menerangkan apa beza lens seperti ini dengan lens yang biasa kita lihat seperti 50mm f1.8

Dalam dunia fotografi, kita ada satu lagi dunia yang lebih advance iaitu sinematografi (cinematography). Dalam dunia photography, lens lens biasa diberikan rujukan menggunakan F Stop. Sedangkan dalam dunia cinematography, kebanyakan lens diberikan rujukan menggunakan T Stop.

F mewakili Focal length dan T pula mewakili Transmission.

Focal length dibaca menggunakan jarak antara focal plane kepada sensor. Dan setiap kali kita kita menukar f-stop, kita samada menggandakan cahaya atau mengurangkan separuh cahaya yang masuk ke dalam lens.

Transmission pula bacaannya lebih rumit kerana ianya adalah ukuran tepat berapa banyak cahaya yang benar benar jatuh ke atas sensor. Ini sangat penting sebab dalam cinematography kita sentiasa menggunakan light meter dan bacaan yang tepat adalah amat penting.

Setiap gelas didalam lensa akan mengurangkan serba sedikit cahaya. Tak mungkin kita boleh memperolehi 100% transmission ratio. Jadi bergantung kepada quality lens tersebut, jumlah cahaya yang diperolehi adalah berbeza.

Seperti contoh, Lensa Canon 85mm 1.2 adalah sebuah lensa yang mahal. Akan tetapi, ia sebenarnya kehilangan sedikit cahaya juga dalam proses rakaman. Lens ini mempunya nilai t 1.4. Maksudnya, walaupun anda buka pada f1.2, anda masih kehilangan 0.2 dalam proses itu.

Satu lagi contoh adalah lensa sigma 85mm 1.4 art hsm. Lensa ini berharga lebih RM5000 dan mempunyai bukaan f 1.4. Akan tetapi, jika kita merujuk kepada laman web DXO, sebuah syarikat penilai dan penguji lensa terkemuka dunia, lens ini mempunyai nilai T 1.7

 

Nilai T pada lensa sigma 85mm 1.4 DG HSM Art adalah T1.7

Ok.. ini tidak bermakna lensa diatas tidak bagus atau lensa cinematic adalah lebih baik. Setiap lens dibina untuk memudahkan tugasan masing masing. Jika kita merakam still photo, adalah tidak ekonomi untuk kita membeli lens cine kerana fungsinya dibina utk dunia sinematografi.

Saya harap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak penerangan kepada sahabat sahabat peminat fotografi dalam mengenalpasti lensa yang anda perlukan.

 

 

Artikel-artikel lain :

  • Tip potret – hilangkan double chin
  • Studio Lighting – Teknik mendapatkan background putih
  • Teknik fokus pada mata, dan recompose, serta cara lain yang efektifTeknik fokus pada mata, dan recompose, serta cara lain yang efektif
  • Dapatkan potret dengan lighting best dalam rumah
  • Mengapa gambar dari kamera anda blur?
  • Memahami Flash – Speedlite
Share with your friends:
  • Tweet
beza f stop dengan t stop lensa cine lensa sinematografi samyang Cine 35mm T1.5
Tip Fotografi

Leave a Reply Cancel reply

Login with your Social ID

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • High end laptop untuk photo dan video editing 2019

    High end laptop untuk photo dan video editing 2019

    February 18, 2019
  • Unlimited shoot for family portrait in studio

    Unlimited shoot for family portrait in studio

    February 12, 2019
  • Cara membuka fail RAR, ZIP, ISO atau TAR atau TGZ

    Cara membuka fail RAR, ZIP, ISO atau TAR atau TGZ

    February 5, 2019
  • Mengenali Aperture

    Mengenali Aperture

    February 1, 2019
  • 12 Teknik Fotografi Smartphone yang perlu anda tahu

    12 Teknik Fotografi Smartphone yang perlu anda tahu

    January 25, 2019

Categories

  • Aktiviti (12)
  • Asas Komputer (2)
  • Audio (1)
  • Berita Dunia Foto (2)
  • Drone (1)
  • Lifestyle (5)
  • Motivasi (5)
  • Software Development (3)
  • Studio Fotografi (1)
  • Tech (12)
  • Tip Editing (22)
  • Tip Fotografi (71)
  • Uncategorized (3)
  • Videography (6)
  • Web & Internet (8)

Categories

  • Aktiviti
  • Asas Komputer
  • Audio
  • Berita Dunia Foto
  • Drone
  • Lifestyle
  • Motivasi
  • Software Development
  • Studio Fotografi
  • Tech
  • Tip Editing
  • Tip Fotografi
  • Uncategorized
  • Videography
  • Web & Internet
©2019 Studio Fotografi | WordPress Theme by Superb Themes