Dalam tutorial ni saya nak share sikit tip apa nak buat bila kita menghadapi masalah ejection ni. Bukan ejaculation tau… tapi ejection untuk thumbdrive atau external drive. Yang masalah ejaculation tu kenalah jumpa doktor.. jgn tunggu lama lama. Masalah tak boleh eject properly ni berpunca dari program komputer yang masih menggunakan resources ni… dan tak mahu lepaskan dia. Boleh kata macam gila talak pun iye, terlalu sayang pun iye. Entahlah apa masalah dia. Macam cerita husna tu, gila tamak tanak lepaskan salah sorang, eh… ini  cerita apa ni? sorry sorry…. Takpe.. ada cara nak buat komputer lepaskan harddisk ni dari genggaman. Untuk teknik ni, anda perlu download fail Processexplorer Jangan risau, process explorer ni adalah program keluaran microsoft juga. Ianya selamat dan sangat berguna, Insya Allah. Bila dah download dan dah unzip… masuk dalam folder tu dan right click pada program procexp64.exe dan click RUN as administrator. Untuk seterusnya… cuba tengok video yang saya buat ni.. hopefully boleh membantu anda.
Jadi begitulah caranya. Selepas anda dah force release handle tu.. anda bolehlah eject seperti biasa. Pastikan anda release semua handle… as much as possible. Ok? Allrite.. itu cara kesukaan saya. Nampak macam leceh tapi selalu menjadi… Ada cara lain juga. Untuk cara lain tu, anda boleh rujuk disini… http://www.eassos.com/how-to/problem-ejecting-USB-mass-storage-device.php  
Share with your friends: