Assalamualaikum wbt.

Just nak share sikit tentang fail format RAR, ZIP, ISO atau TAR atau TGZ dan yang sedengan dengannya. Ada juga yang kurang memahami cara nak membuka fail ni. Jangan risau, perkara ni mudah saja.

Fail diatas sebenarnya cumalah satu fail besar yang mengandungi fail fail kecil yang dimampatkan sekali. Analoginya… kalau kita beli barang kat pasar, ikan, sayur, gula kicap dan sebagainya, susahkan kalau kita nak bawak semua sekali tanpa beg plastik atau troli?

Jadi fail zip atau rar ni umpama satu beg plastik, yang mana kita masukkan semua barang barang yang kita beli kedalam beg plastik ni.. utk memudahkan dibawa kemana mana. Dalam proses komputeran, proses ini dipanggil mampatan atau compression.

CARA MEMAMPATKAN FAIL FAIL KE DALAM SATU FAIL ZIP SAJA

Kemudian dialog box ini akan keluar… maksudnya windows senang membuat proses mampatan

Hasil fail yang telah dimampatkan

 

PROSES MENGEKSTRAK FAIL RAR, ZIP, ISO atau TAR atau TGZ dan yang sedengan dengannya.

Ok Seterusnya.. kalau kita nak extract fail, macamana pulak?

Senang je.. right click je pada fail tersebut dan pilih extract all

 

Tapi, extract all ni cuma berfungsi dengan fail zip, dan beberapa jenis fail yang microsoft windows kenali. Fail mampatan jenis RAR atau TAR atau TGZ ni memang tak boleh dinyahmampat menggunakan command extract all.

Tapi jangan risau… anda boleh download dan install perisian percuma 7-zip untuk proses nyahmampatan ni. Download je dari https://www.7-zip.org/ . 

Install perisian ni… dan kemudian anda akan dapati, setiap kali anda right click pada fail yang dimampat, akan ada option 7-zip.

Jadi.. begitulah sedikit sebanyak ilmu tentang fail mampatan atau compressed file ni. Harap ilmu yang dikongsi ni boleh dimanfaatkan. Agak banyak kali juga saya bertemu dengan sahabat sahabat yang kurang faham tentang perkara ni. Tak apalah sebab kita semua bukan tahu semua benda pun. Saya pun banyak benda tak tau. Jadi sama samalah kita berkongsi dan melengkapkan kemahiran masing masing.

 

 

 

 

Share with your friends:
  • 22
    Shares