Assalamualaikum wbt.

Masalah background overexposed merupakan satu masalah biasa bagi mereka yang baru belajar menggunakan dslr atau mirrorless. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan flash.

Sebagai contoh di dalam gambar dibawah, apabila saya menggunakan exposure yang tepat untuk menyiarkan latar belakang dengan maklumat yang jelas, subjek potret menjadi gelap.

Perkara ini terjadi kerana latar belakang, iaitu masjid tersebut mempunyai limpahan cahaya yang lebih terang berbanding subjek potret yang berada di dalam shade.

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh menghidupkan flash dan menalakannya kepada subjek. Jadi disini terdapat 2 jenis exposure. ISO, APERTURE dan shutter Speed akan merakam keseluruhan exposure termasuk latar belakang. Dan satu lagi adalah flash exposure yang mengenai subjek, langsung menerangkannya.

Share with your friends: