Posted on Leave a comment

TIP FOTOGRAFI PERKAHWINAN – GAMBAR-GAMBAR PENTING

TIP FOTOGRAFI PERKAHWINAN – GAMBAR-GAMBAR PENTING 1

Assalamualaikum wbt. Berikut adalah tips fotografi perkahwinan yang menyenaraikan jenis jenis gambar yang sangat penting untuk kita rakam semasa sesi fotografi perkahwinan. Maksudnya, gambar ini adalah gambar wajib yang biasanya perlu dirakam, dan dijangka ada oleh pengantin.

Sebagai seorang jurugambar perkahwinan, sangat penting untuk kita merakam gambar gambar ini. Akan tetapi senarai ini bukanlah senarai mutlak, anda boleh menambah dan mengurangkan jika perlu, bergantung kepada kreativiti anda.

TIP FOTOGRAFI PERKAHWINAN – GAMBAR-GAMBAR PENTING 2

GAMBAR WAJIB PERNIKAHAN

  1. Gambar rumah pengantin
  2. Close up dekorasi didalam rumah (yang berkaitan dengan perkahwinan)
  3. Pengantin bersolek
  4. Rakan & family pengantin perempuan sewaktu bersolek
  5. Ketibaan Rombongan Keluarga pengantin lelaki
  6. Gambar pengantin lelaki sedang menunggu
  7. Gambar aksi candid ahli keluarga kedua dua belah pengantin semasa menunggu akad
  8.  Gambar tok kadi dan saksi saksi
  9. Gambar portrait close up ahli keluarga dan tetamu
  10. Gambar close up pengantin semasa akad nikah. Wajah dan juga tangan
  11. Close up sewaktu membaca taklik
  12. Gambar close up semasa membaca doa
  13. Gambar close up barangan hantaran
  14. Gambar close up cincin / gelang / rantai
  15. Gambar adat istiadat seperti sarung cincin
  16. Gambar istiadat batal air sembahyang
  17. Gambar bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarga
  18. Gambar group foto formal keluarga pengantin, lelaki dan perempuan atau bersama.
  19. Gambar group foto bersahaja
  20. Gambar portrait pengantin baru
  21. Gambar group photo Ibu bapa pengantin bersama
  22. Gambar-gambar tetamu dan saudara mara bersama pengantin

GAMBAR WAJIB SEWAKTU MAJLIS PERSANDINGAN/SAMBUT MENANTU

  1. Pengantin bersolek dan bersiap
  2. Gambar candid pengantin dan rakan rakan, saudara mara sewaktu bersolek
  3. Gambar close up pengantin selepas siap bersolek
  4. Gambar rumah pengantin/dewan/ballroom, luar dan dalam
  5. Gambar dekorasi rumah pengantin yang berkaitan dengan majlis
  6. Gambar close up cake, bunga bunga, ikatan kerusi dan sebagainya
  7. Gambar Pelamin
  8. Gambar Tetamu yang datang menghadiri majlis
  9. Gambar ahli keluarga yang sedang melayan ketibaan tetamu
  10. Gambar candid parent bila menyambut tetamu penting
  11. Gambar ketibaan Pengantin Lelaki
  12. Gambar Pengantin perempuan bersalaman dengan pengantin lelaki sewaktu ketibaannya. Jika dalam hotel selalunya tiada salam.. terus berjalan saja
  13. Gambar flower girls jika ada
  14. Gambar Pencak silat jika ada
  15. Gambar Pemain kompang, zapin dsb jika ada
  16. Gambar berarak ke pelamin
  17. Gambar di atas pelamin
  18. Gambar merenjis dan menepung tawar jika ada
  19. Gambar memotong kek
  20. Gambar Semasa membaca doa
  21. Gambar makan beradap
  22. Gambar ucapan jika ada
  23. Gambar Group Foto Keluarga Secara Formal
  24. Gambar Group Foto Keluarga tidak formal
  25. Gambar pengantin dan rakan rakan.
  26. gambar pengantin/rakan rakan menyanyi/menari jika ada
  27. Portrait Pengantin
  28. Portrait pengantin dengan Ibubapa
  29. Portrait Pengantin dengan kawan kawan
  30. Portrait pengantin dengan saudara mara
  31. Creative Portrait
TIP FOTOGRAFI PERKAHWINAN – GAMBAR-GAMBAR PENTING 15

Posted on Leave a comment

Teknik Lightroom – Carian Ikut Nama Fail

Teknik Lightroom - Carian Ikut Nama Fail 16

Assalamualaikum wbt.

Kadang kadang kita nak mencari gambar mengikut nama fail, macam saya dalam studio kadang-kadang pelanggan akan berikan ikut nama fail yang saya berikan dalam google photos.

Jadi satu kerja juga nak mencari kalau guna explorer. Oleh kerana workflow saya banyak menggunakan lightroom utk pengurusan gambar, maka cara terbaik adalah dengan mencari gambar tersebut melalui lightroom juga.

Disini saya kongsikan cara untuk membuat carian secara mudah. Anda hanya perlu mengaktifkan filter carian dari dalam module Library.

Tip mencari fail dengan mudah dalam lightroom

Cara ini sebenarnya sangat menjimatkan masa. Tetapi sebelum itu, anda perlukan meletakkan gambar gambar tersebut ke dalam sebuah collection. Langkah ini seharusnya dijalankan semasa anda membuat proses import dari memori kad.

Menjadi jurugambar professional, iaitu jurugambar yang menjalankan perniagaan, memerlukan anda mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian yang sesuai, dan mahir dalam serba serbi penggunaan perisian itu.

Teknik yang perlu dikuasai bukan saja teknik editing tetapi juga teknik pengurusan gambar kerana apabila anda menghasilkan gambar setiap hari, amat mudah untuk anda hilang fokus dan meletakkan gambar secara bersepah sepah didalam harddisk. Kemahiran yang baik di dalam lightroom boleh membantu memudahkan anda menyimpan dan mencari gambar gambar asal, yang telah diedit, dan telah dihantar kepada pelanggan.

Posted on Leave a comment

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 17

Assalamualaikum wbt. Hari ni saya nak share sedikit tip untuk memilih memori kad.

  1. Apabila memilih kad, sila beli dari kedai yang sah. Jangan beli dari kedai kedai mainan ditepi jalan. Pastikan kedai tersebut adalah kedai permanent yang mempunyai sijil perniagaan sah. Contoh contoh kedai adalah kedai komputer di shopping mall atau digital mall.
  2. Semak kotak memori kad tersebut dan pastikan tertera label syarikat distributor. Anda juga boleh menyemak status distributor dari website pengeluar kad. Sebagai contoh kad sandisk boleh disemak di web ini. https://www.sandisk.com/about/where-to-buy. 
  3. Membeli memori kad dari kedai komputer adalah jauh lebih murah dari membeli kad di kedai kamera. Harga dikedai kamera selalunya 200% atau paling kurang 150% lebih mahal dari kedai komputer.

KUALITI FIZIKAL SD CARD

  1. Kebanyakan memori kad SD mempunyai ketahanan fizikal yang lebih kurang sama. Memori kad High end dan memori kad murah kebanyakannya mempunyai sama build kualiti. Bagaimanapun sesetengah brand membina dengan build kualiti yang lebih baik berbanding jenama jenama lain.
  2. PRO version memori kad, mempunyai ketahanan yang sama dengan Normal version memori kad. Mereka dibuat dari cip dan plastic case.Nak test pi la bakar kedua dua jenis kad, tengok sapa yang bertahan lebih lama.

MEMAHAMI MAKLUMAT DI PADA LABEL MEMORI KAD

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 18

MEMORI KAD KAPASITI

Adalah amat penting untuk kita memilih saiz memori kad yang mencukupi untuk keperluan kita. Pada saya, utk kebanyakan tugasan, memori kad 64GB adalah sudah memadai kerana saya menggunakan 24mp-30mp saja. Ini akan memberikan lebih kurang 4000 keping fail jpeg. Bagaimanapun saya mungkin akan merakam dengan RAW, jadi jumlah gambar yang akan diterima adalah berkurangan lagi… mungkin dalam 1500-2000 keping gambar saja.

MEMORY CARD SPEED CLASS (SD CARD)

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 19
MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 20

Kelas kelajuan memori kad dibahagikan kepada beberapa kategori. Berikut adalah standard kategori.

  • Class 4: Minimum 4 MB/s Write
  • Class 6: Minimum 6 MB/s Write
  • Class 10: Minimum 10 MB/s Write
  • U1: Minimum 10 MB/s Write – best suited for full HD (1920×1080) video recording
  • U3: Minimum 30 MB/s Write – best suited for 4K recording.

Apabila kad memori itu ditauliahkan sebagai kelas U3, maksudnya ia mesti mempunyai kelajuan minimum 30MB/s setiap masa supaya tiada drop of frame ketika rakaman. Bagaimanapun, kelas diatas adalah untuk memastikan rakaman video boleh dijalankan dengan lancar.

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 21

Memori kad dengan U1 certification. Hanya sesuai untuk full hd recording.

Jadi bila membeli memori kad untuk video, anda kena check guna kamera yang anda pakai… jika kamera anda cuma boleh shoot full hd, takde point beli memori kad extreme dengan U3 sebab speed rekod full hd tak perlu sampai 30MB/s. Bagaimanapun, kad extreme ada kegunaan lain iaitu kemampuan rekod burst mode dengan pantas, dan itu saya terangkan dalam parenggan seterusnya.

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 22

U3 Logo certification. U3 akan memastikan anda boleh merakam 4k tanpa drop of frame

Jika anda memilih kad dengan U1 certification, write speed minimum adalah 10MB/s. Kad jenis ini hanya sesuai jika anda cuma merakam video pada saiz Full HD atau 1080 saja.

MEMORI KAD UNTUK SPORT SHOOTER

Sport atau action shooter selalunya merakam banyak gambar secara burst mode. Menyebabkan wujud keperluan untuk memori kad dengan write speed yang sangat laju. Memori kad seperti Extreme pro memberikan kelajuan maximum dengan kemampuan untuk mencapai write speed yang sangat tinggi. Bagaimanapun… write speed ini tidak boleh dipertahankan untuk jangka masa yang panjang. Still, ianya sangat membantu. Lebih laju lebih baik.

MEMILIH MEMORI KAD UNTUK KAMERA 23

Kad SDHC type II. Mempunyai kelajuan write speed up to 260MB/s dan read speed maximum 300MB/s

Write speed maximum 260MB/s memang sangat diperlukan bila kita shoot sport supaya setiap gambar yang dirakam boleh dipindah masuk dari buffer kepada memori kad dengan lebih pantas. Bagaimanapun jika kita membeli kad untuk tujuan rekod video saja, membeli sebarang kad dengan certification U3 sudah memadai.

Posted on Leave a comment

MENGAPA GAMBAR BLUR?

tip fotografi shutter speed

Assalamualaikum wbt. Sebenarnya terdapat banyak sebab gambar boleh menjadi blur dari kamera anda. Disini saya senaraikan sebab sebab tersebut dan cara mengatasinya

  1. Shutter speed yang dipilih terlalu perlahan
  2. Subjek bergerak
  3. Anda bergerak
  4. Focus pada tempat yang tidak tepat
  5. Depth of field terlalu nipis
  6. Masalah mekanisme lensa yang rosak
  7. Masalah refraction
  8. Masalah lensa berkualiti rendah

SHUTTER SPEED YANG DIPILIH TERLALU PERLAHAN

Shutter speed adalah element yang mengawal tempoh bukaan yang membenarkan cahaya masuk ke atas sensor.  Shutter speed diwakili dalam julat masa seperti 1 saat, 1/60 saat, atau 1/1000 saat. Dalam kamera kita, selalunya kita mengawal tempoh bukaan dari 30 saat sehingga 1/8000 saat.

MENGAPA GAMBAR BLUR? 24

Sebenarnya, terma Laju, sederhana dan perlahan ni adalah sangat subjektif dan sukar untuk dimengertikan. Macam ni, jika anda merakam gambar group photo, kebanyakan orang duduk statik tanpa banyak pergerakan. Jadi shutter speed seperti 1/250 sebenarnya adalah sudah cukup laju untuk group photo, dimana, jika kita rakam group photo itu dengan gunakan 1/250s, insya allah semua orang akan nampak sharp. Kecuali ada seorang yang gatal pusing kepala laju laju atau melambai lambai masa shoot tu.

Tetapi, jika kita gunakan 1/250s untuk merakam gambar helang yang sedang menyambar ikan di permukaan laut… kita akan dapat gambar yang sangat blur… kerana helang itu cukup laju dan shutter speed itu tak cukup untuk freeze the moment.

Gambar helang menyambar ikan perlukan shutter speed lebih dari 1/1000s
Gambar helang menyambar ikan perlukan shutter speed lebih dari 1/1000s

Faham tak?

Kalau x faham bacalah berulang kali sampai faham.

So.. depend pada kelajuan subjek kita, shutter speed yang mencukupi adalah shutter speed yang boleh freeze the moment. Dalam masa sama memberikan sharpness pada bentuk objek yang nak dirakam.

Oleh itu sangat penting kita praktis dan mencuba dengan objek yang kita suka nak rakam. Kalau kita nak dapat gambar racing yang sharp.. kita boleh mula praktis dengan merakam objek objek bergerak laju macam orang bermain sepak takraw atau bole sepak. Pilihlah pelbagai shutter speed sehingga kita dapat shutter speed yang cukup sharp.

SUBJEK BERGERAK

Ya, sometimes kita dah set cantik cantik, masa petik tu ada seorang yang gatal nak bergerak gerak. Selalunya dalam group photo. Atau event. Sentiasalah anticipate akan ada orang yang akan bergerak semasa rakaman. Cuba rakam beberapa kali dan jgn lupa untuk semak gambar. Dalam gambar yang sangat penting seperti official group photo, sedikit pergerakan pun sudah menjadi satu kesalahan.

Dalam gambar event, selalunya sedikit pergerakan boleh dimaafkan, tapi itu bergantung jugak kepada hasil akhir. Jika terlalu blurry atau ghosting, gambar adalah gagal. Jika anda memakai flash, anda boleh compensate masalah ini dengan menggunakan teknik rear curtain flash.

ANDA BERGERAK

Ya, ini pun mungkin juga. Jika anda mempunyai tangan yang terlalu kuat menggeletar atau postur badan yang tidak kukuh, gambar mungkin agak blur kerana camera shake.

MENGAPA GAMBAR BLUR? 25

Jika anda mempunyai tangan yang kurang stabil.. belajarlah teknik bracing. Ia boleh membantu mengukuhkan pegangan kamera dan memberikan gambar yang lebih sharp.

FOKUS DI TEMPAT YANG TIDAK TEPAT

Anda perlu menetapkan titik fokus yang betul. Jika anda tersalah meletak titik fokus, elemen utama akan berada diluar medan jelas atau depth of field.

Posted on Leave a comment

Merakam graduasi tadika

Graduasi tadika pra sekolah

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya just nak share sikit tips apabila merakam graduasi tadika. Mungkin ramai yang fikir kerja ni senang je. Sebenarnya memang la tak la sukar mana tapi masih ada cabaran yang perlu dihadapi. Berikut adalah sedikit guide yang saya igin kongsi jika anda mahu merakam gambar tadika.

  1. Sediakan peralatan yang cukup. Gunakan lampu studio yang baik. Sekurang-kurangnya dua unit. Menggunakan speedlite memang boleh tetapi recycle times adalah lambat dan ini boleh menyusahkan anda.
  2. Gunakan Softbox atau modifier yang melembutkan cahaya seperti payung. Jangan gunakan payung yang terlalu kecik. Dan jangan sekali kali menggunakan flash tanpa diffuser!
  3. Sentiasa gunakan manual mode. Jangan gunakan mode automatic kerana setiap kali framing berubah, reading exposure juga berubah dan anda akan menyebabkan inconsistencies dalam exposure.
  4. Bawa assistant untuk lihat baju, posing dan wajah kanak kanak tersebut. Ini tidak bermakna anda tak perlu check sendiri, tapi dengan adanya orang lain turut menyemak sama, kerja anda lebih cepat dan mudah
  5. Dapatkan list ikut turutan. Jika tiada, tulis nama mereka on the spot. Percayalah ini akan memudahkan kerja anda nanti.
  6. Gunakan backdrop yang cukup lebar. Elak guna backdrop yang kecik… ini memudahkan group photo.
  7. Gunakan telefoto lens seperti 70-200. Elak gunakan kit lens seperti 18-105mm. Kenapa? Perspective pada lensa 70-200 adalah lebih tajam dan menumpu pada lens telefoto berbanding pada kit standard 18-105mm, walaupun anda gunakan 70mm saja. Ini memudahkan anda untuk memuatkan semua pelajar utk muat muat dalam backdrop anda.
  8. Gunakan f8, f11 atau lebih kecil. Anda mahukan depth of field yang luas. Jangan gunakan aperture besar lagi. Jgn cari masalah.
  9. Bersabar dengan kanak kanak. Jika anda tidak boleh bersabar dengan karenah kanak kanak, anda buat kerja yang salah! Shoot la product atau makanan kalau tak boleh handle kids!
  10. Sesetengah tadika ada kelas khas, iaitu kanak kanak istimewa. Ada kalanya shoot 100 frame utk satu kanak kanak pun tak akan menjadi. Disini kehebatan anda sebagai jurufoto dan sebagai manusia akan diuji. Jika anda tidak sabar, dan menunjukkan rasa tidak sabar, anda tidak akan dipanggil lagi. Jika anda ada sifat simpati, senang bertolak ansur, tidak mudah annoyed dan tidak menunjukkan wajah kurang senang, anda akan dikagumi dan dihormati oleh guru guru tersebut.
Graduasi tadika
Graduasi tadika. Backdrop dengan penggunakan lensa 70-200 pada 70mm.
Graduasi tadika
Apabila anda gunakan lens 18-105 atau standard zoom, anda akan dapati backdrop sentiasa mengecil.
graduasi tadika
Graduasi Tadika

Graduasi Tadika lebih mudah dengan indesign

Apabila anda perlu meletak nama dalam frame template, gunakanlah Adobe indesign sebagai template dan gunakan senarai CSV. Proses ini dipanggil data merge dalam indesign. Cari je tutorial data merge ni dalam youtube… memang banyak. Anda boleh hasilkan data merge dengan cepat dan jimatkan masa. tak perlu masukkan satu satu dalam photoshop.

Posted on Leave a comment

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 27

Tidak dinafikan kamera phone hari ini sudah semakin baik dan mampu menghasilkan gambar yang semakin jelas dan baik. Ramai hari ini menggunakan kamera smartphone untuk merakam gambar untuk tujuan kerja. Oleh itu disini saya akan berkongsikan 12 teknik-teknik merakam gambar dengan smartphone yang anda boleh gunakan untuk perbaiki gambar anda.

  1. Gunakan sumber cahaya yang mencukupi
  2. Elakkan situasi backlit
  3. Focus dengan tepat
  4. Close up
  5. Jaga latar belakang
  6. Jaga framing
  7. Bersihkan lens anda
  8. Jangan gunakan digital zoom
  9. Pastikan kamera anda steady
  10. Gunakan rule of thirds
  11. Gunakan leading lines
  12. Shoot pelbagai sudut

Gunakan sumber cahaya yang mencukupi

Merakam foto bermakna anda menggunakan cahaya untuk menghasilkan gambar. Jadi jumlah cahaya yang jatuh pada subjek anda itu amatlah penting. Apabila cahaya terlalu sedikit, lensa dan kamera anda perlu berkerja lebih kuat dengan meningkatkan sensitiviti dan hal ini boleh mengurangkan kualiti imej yang dihasilkan. Malah jika kita menggunakan DSLR atau mirrorless sekalipun, jumlah cahaya itu satu faktor yang penting. Bukannya tak boleh rakam dalam cahaya malap, tapi kalau nak tingkatkan kualiti, kena la pastikan cahayanya cukup.

So guys, pastikan subjek korang disinari cahaya yang cukup. Kalau nak cantik sikit, gunakan flash dari smartphone lain untuk tingkatkan kecerahan subjek. Teknik fotografi mudah ni saja boleh meningkatkan kualiti gambar anda.

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 28

Gunalah sumber cahaya tambahan kalau tak cukup cahaya.. macam ring light ni. Gambar google

Elakkan situasi backlit

Backlit, atau cahaya dibelakang boleh merosakkan gambar, atau mencantikkan gambar! Tapi dalam situasi biasa, elakkanlah supaya anda tidak kehilangan detail pada subjek.

Backlit boleh menghasilkan flare atau silauan yang tidak dikehendaki. Sensor smartphone tidaklah begitu berupaya untuk mengendalikan situasi high dynamic range yang terlalu tinggi. Sedang dslr dan mirrorless pun banyak yang struggle bila berhadapan dengan situasi backlit apatah lagi bila light source berada dalam frame.

Jadi, korang jaga jagalah dengan backlit ni.. tapi kalau mahir dengan backlit, gambar boleh juga jadi menarik. bagaimana pun teknik fotografi dengan cahaya backlit ni perlu dipelajari sebelum dipraktikkan.

Bila kita shoot dengan latarbelakang terang, muka pun jadi gelap. 

Masalah situasi backlit.. detail pada wajah dah diseliputi oleh silauan.. detail tiada. 

Tapi, Kalau pandai shoot backlit boleh jadi seni halus yang indah (fine art). Tgk gambar dibawah. Bila objek translucent macam air kena flare, dia akan glowing dan meningkatkan bentuk serta warta.

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 29

Dan kalau kita mahir kawal exposure, kita boleh gunakan backlit untuk hasilkan silhoutte yang indah.

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 30

Teknik Focus dengan tepat

Gambar dari smartphone.. bila tengok dari screen telefon memang cantik.. tapi banyak yang out of focus. Boleh cek masalah ni gunakan laptop atau screen komputer desktop anda. Terutama bila rakaman dalam situasi gelap… Tak kiralah anda pakai huawei p20 pro sekalipun.. focus kalau out, gambar tetap out.

Teknik fotografi Close up

Dalam apa apa genre fotografi sekalipun, ruang adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam penghasilan visual. Close up boleh meminimumkan negative space dan mengurangkan kekosongan dalam gambar, serta meningkatkan visibility dan fokus kepada subjek utama.

Jaga Latar Belakang

Apabila merakam gambar sesuatu subjek, pasti sedikit sebanyak kita perlu memasukkan latar belakang lain dalam gambar. Pastikan latar belakang anda kemas. Sebenarnya mudah je.. tips dia ialah cuba dapatkan background as plain as possible.. kosong.. makin simple makin bagus. Sebagai cth, background macam dinding adalah background yang simple. Anda juga boleh gunakan background berpattern, atau background yang lebih gelap sedikit. Bokeh juga boleh membuatkan latar belakang lebih kemas.

Placement dan Framing

Kadang kala kita letak subjek ditengah, kadang kadang off center..
Lokasi subjek dalam ruang gambar adalah sesuatu yang wajib difikirkan dengan teliti. Setiap satu akan menyampaikan cerita yang berbeza.

Juga jika ada peluang, gunakan framing. Teknik fotografi framing menuntut daya kreativiti anda.

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 31
Sedikit foreground framing digunakan dalam gambar ini. Gambar ni guna kamera mirrorless. Guna phone pun boleh.

Bersihkan Lensa Anda.

Cermin lensa yang kotor akan menyebabkan kualiti gambar yang kurang baik. Sentiasa bersihkan cermin lensa kamera pada smartphone anda. Jadikan habit untuk bersihkan sebelum shoot. Sedikit peluh saja boleh merosakkan gambar anda.

Jangan gunakan digital zoom

Satu cara mudah untuk merosakkan kualiti foto anda adalah dengan menggunakan digital zoom. Just say no kepada digital zoom.. lupakan fungsi ini.

Pastikan kamera anda steady

Gambar yang blur tak boleh digunakan. Terutamanya untuk jualan. Pastikan telefon anda steady.. gunakan tripod dan holder jika perlu.

Gunakan rule of thirds

Rule of thirds ni bukan rule pun, tapi panduan saja dalam fotografi. Dalam banyak keadaan, gambar lebih menarik bila subjek diletak secara of center. Anda boleh tgk gambar gambar orang lain yang mahir dalam fotografi, dan perhatikan cara mereka letakkan subjek dalam frame. Pasti banyak menggunakan rule of thirds atau singkatannya, RO3.

Rule of thirds

Gunakan leading lines

Leading lines boleh menjadikan gambar anda lebih menarik. Ia akan membawa mata viewer, dari satu arah, kepada point of interest atau poi. Nampak macam kompleks? sebenarnya mudah je. Anda cuma perlu bina kemahiran melihat line line disekeliling anda. Dan line ni semua ada bermacam jenis, ada yang vertical, horizontal, diagonal, s curve, zig zag dan macam macam lagi. Kombinasi perpective dan vertical line akan hasilkan diagonal line.. Penggunaan tilt angle juga boleh menghasilkan diagonal line. Dua diagonal line yang mengarah ke satu vanishing point akan hasilkan perspective… neat kan? hahahah

Saya tahu anda tak faham.. so ttengok je gambar dibawah.

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 32

Contoh leading lines

12 Teknik Merakam Gambar Dengan Smartphone 33

Shoot pelbagai sudut

maksudnya, dapatkan variasi dari pelbagai sudut yang boleh membuatkan subjek nampak lebih jelas. Disini asas fotografi tu penting. Memahami gambar adalah satu medium untuk menyampaikan maklumat itu satu asas yang perlu difahami betul betul.

Posted on Leave a comment

Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF)

Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 34

Antara salah satu masalah peminat foto yang selalu ditanyakan yang berkaitan dengan DOF adalah…

Macamana nak buat bila subjek depan sharp dan belakang blur? macam gambar dibawah….

Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 35

Sebenarnya ini bukan masalah tapi memang features pada kamera dslr anda. Apabila anda menggunakan aperture yang besar macam f/1.8, depth of field menjadi lebih nipis, jadi subjek yang berada pada titik fokus akan menjadi sharp, dan objek yang berada dibelakangnya akan menjadi lebih blur. Yang jadi masalah ialah kau tak paham asas fotografi dan tanak belajar jadi benda ni buat kau pening.

Jadi, macamana nak selesaikan masalah ni.

Simple je.

First.. letakkan semua subjek sebaris. Jangan letak sorang depan atau sorang belakang. Ni solution pertama lah, itupun kalau korang takde masalah nak susun subjek.

Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 36
Ariff dah sibuk perhati anak biawak tepi tasik so dah takde dalam frame. Kesian.. nak masuk zoo tiket mahal. anak Biawak pun boleh.
Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 37
Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 38
Dah siap perhati biawak… datang balik peluk ibu. Aisya got bad hair day…

Ok.. solution kedua.. kita tukarlah aperture jadi lebih kecik. Contoh macam f4 atau f5.6. Dengan cara ini depth of field (dof) akan bertambah luas jadi dia boleh cover dari titik fokus hinggga kepada orang dibelakangnya, atau lebih jauh lagi.

Tapi hati hati jangan pilih aperture terlalu kecil sampai latar belakang semua jadi sharp je.

Masalah Subjek depan sharp, belakang blur (DOF) 39
Excited tengok anak biawak
Posted on 2 Comments

Menjaga latarbelakang

Menjaga latarbelakang 40

Apabila merakam foto atau video, sangat penting utk kita jaga latar belakang dalam media yang kita hasilkan. Sekiranya objek itu tidak sepatutnya dimasukkan dalam frame, janganlah dimasukkan sekali.

Berikut adalah tip ringkas utk mendapatkan latarbelakang yang lebih baik dan kemas

  • Usah masukkan sebarang objek yang tiada kaitan dengan point of interest.
Menjaga latarbelakang 41
  • Gunakan latar kosong, seperti dinding. Gambar white studio selalunya nampak kemas kerana latar belakang putih kosong dan tidak serabut dengan elemen elemen lain. Rujuk gambar diatas
  • Gunakan latar belakang berpattern yang penuh. seperti dinding batu bata.
Menjaga latarbelakang 42
  • Gunakan latar belakang yang berbeza warna dalam color wheel, iaitu menggunakan konsep complimentary color. Rujuk gambar diatas.
Menjaga latarbelakang 43

Gunakan latar belakang dengan intensity cahaya yang berbeza seperti warna lebih gelap. Rujuk gambar diatas

Menjaga latarbelakang 44

Gunakan latar belakang dengan dengan gabungan warna artistik. Sebagai contoh, latar belakang rimbunan daun yang diletak dalam kawasan out of focus akan memberikan warna yang menarik. Kawasan out of focus ini juga dikenali sebagai bokeh oleh ramai jurufoto. Rujuk gambar diatas.

Posted on Leave a comment

Aperture

Aperture 45

Aperture adalah bukaan iris lensa. Saiz aperture ini dikawal dengan nombor aperture seperti f/1.8, f2.8, f5.6 atau f11

Setiap jenis lens mempunyai kemampuan bukaan aperture yang berbeza. Seperti contohnya Lens kit seperti 18-55mm 3.5-5.6 mempunyai bukaan terbesar pada f3.5 pada focal length 18mm.

Aperture 46
Family portrait dalam studio menggunakan aperture f8 utk maksimumkan depth of field. DOf yang luas akan memastikan ketajaman pada setiap wajah. Tetapi f8 adalah bukaan aperture yang kecil dan memerlukan sokongan dari lampu studio yang kuat.

Semakin kecil nombor aperture bermakna bukaannya adalah lebih besar, jadi cahaya yang masuk kedalam lens dan jatuh pada sensor adalah lebih banyak lagi.

Lensa yang mempunyai bukaan aperture seperti f/1.4 atau f/2.8 dikategorikan sebagai fast lens, maksudnya bila aperture boleh dibuka dengan lebih besar, cahaya masuk lebih banyak, maka tempoh bukaan shutter speed juga boleh dikurangkan, maka bukaan shutter speed itu dikategorikan sebagai bukaan yang pantas atau fast.

Mengawal nombor aperture akan membantu kita mengawal 2 aspek penting dalam fotografi, iaitu
– Exposure
– Kreativiti

Exposure boleh digelapkan dengan membuka aperture yang kecil, dan boleh dicerahkan dengan membuka aperture yang besar.

Aperture yang kecil seperti f/11 akan memberikan depth of field yang luas. Oleh itu, apabila kita merakam landscape., exterior, interior, product, kebanyakan kita memerlukan aperture yang kecil untuk memastikan depth of field yang maksimum.

Aperture 47
Gambar portrait dengan aperture f/4

Aperture yang besar seperti f/1.4 akan memberikan depth of field yang nipis. Oleh itu apabila merakam event, portrait, seringkali kita menggunakan aperture yang besar seperti 1.2-2.8 supaya kita dapat mem’blur’kan latar belakang.

Aperture 48
Gambar portrait dengan aperture f/1.4 utk depth of field yang nipis

Apabila latar belakang gambar diatas blur, kita akan memastikan fokus akan tertumpu pada subjek yang berada dalam bahagian yang sharp.

Asas di atas ini adalah asas kepada teknik fotografi. Dimana kita perlu memahami teori teori fotografi dan teknikal penggunaan kamera supaya dapat menghasilkan gambar yang berkualiti setiap kali menjalankan tugas fotografi.

Aperture 49
Gambar landscape dengan aperture f/11

Gambar landscape selalu memerlukan aperture yang kecil untuk memaksimumkan depth of field. Proses pemilihan ini adalah satu proses kreativiti dalam fotografi.