Salah satu button yang ada pada kamera kita tetapi sangat jarang digunakan adalah DOF tool. Sebelum mengenal dof tool atau dof button, adalah penting untuk kita memahami apa itu depth of field. Tanpa memahami depth of field, kita takkan mampu mengawal kreativiti yang diperlukan apabila merakam foto. Tanpa pemahaman ini kita akan merakam secara sembarangan dan tiada teknik.

DOF adalah singkatan dari Depth of field atau Medan jelas didalam bahasa melayu.

Depth of field yang Tepat

Keluasan medan jelas yang tepat adalah bergantung kepada kreativiti gambar yang hendak dihasilkan.

Kreativiti 1 – Group Photo

Contoh kreativiti yang pertama adalah apabila merakam group photo.

Cth group photo – for UMBI – UKM © Copyright Reserved. 2017

Apabila merakam group photo, adalah penting semua orang jelas dan sharp didalam gambar. Adalah tidak logik jika kita merakam group photo dengan barisan yang pertama saja sharp, tetapi barisan yang kedua kelihatan blur. Bayangkan anda merakam group photo syarikat tetapi tidak tahu setting yang tepat utk mendapatkan medan jelas dari depan hingga belakang. Of course anda boleh belasah sahaja tetapi adalah tidak bijak membeli barangan beribu ribu ringgit tapi tak pandai nak pakai utk tujuan pembelian itu.

Untuk memastikan semua barisan kelihatan jelas, anda perlu depth of field dari sebelum orang pertama, hinggalah barisan orang yang terakhir. Anda perlu memilih aperture yang sesuai untuk mendapatkan dof luas ini. Jika ada latar belakang yang penting, kita juga perlu masukkan latar belakang itu dengan jelas.

Amat penting kita menguji aperture yang sesuai sehingga kita dapat depth of field yang sesuai.

Kreativiti 2 – Portrait Dalam Ruang Tidak kemas

Apabila merakam potret orang tertentu, facial features adalah amat penting untuk merakamkan karakter yang dirakam.  Gangguan dalam composition seperti latarbelakang yang tidak kemas akan menyebabkan tumpuan kepada wajah subjek akan terganggu. Untuk mengurangkan gangguan ini, kita boleh membiarkan detail pada latar belakang itu menjadi kabur atau blur, supaya detail tidak begitu jelas kelihatan.

Dengan ini, tumpuan akan diberikan kepada subjek. Teknik ini boleh dicapai dengan menghadkan medan jelas atau dof ini. Dengan menumpukan fokus pada subjek, dan menghadkan medan jelas supaya tidak sampai kepada background, kita akan dapat memastikan mata penonton hanya menerawang pada wajah subjek.

Selalunya jurugambar memanggil kawasan yang blur ini sebagai bokeh. Semakin “creamy” bokeh itu, gambar akan menjadi lebih cantik lagi.

Hampir setiap jenis kreativiti dalam fotografi, memerlukan kita memikirkan apa DOF yang sesuai utk gambar tersebut. Pemilihan ini bergantung kepada keputusan kreatif yang kita mahukan.

 

Gambar dengan DOF yang nipis.

 

Potret dengan latarbelakang didalam OUT OF FOCUS

 

Gambar event dengan latar belakang out of focus. lantas menghadkan focus kepada subjek saja

 

Menggunakan DOF Preview button

DOF preview Button

Kebanyakan jurugambar mahir memang tidak mengendahkan DOF preview button ni. Kebanyakannya sudah boleh mengagak apa aperture yang diperlukan dan medan jelas yang akan diperolehi. Tapi sebenarnya button ini tetap mampu memberikan kelebihan apabila digunakan dengan betul.

Cara untuk menggunakan

  1. Pilih aperture secara mengagak. Katakan f8
  2. Acu kamera kepada framing dan tekan butang fokus
  3. tekan butang DOF preview lama sedikit smbil memerhatikan scene dalam viewfinder
  4. Gambar akan kelihatan gelap sedikit didalam viewfinder, perhatikan kawasan kawasan fokus yang perlu diberi perhatian
  5. Sekiranya masih ada yang kelihatan tidak sharp, tukar aperture dan ulang langkah diatas sehingga anda memperolehi DOF yang diperlukan.
Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih