Dua model drone terbaru DJI akan dilancarkan hari ini, dengan imejnya telah terbocor seawal semalam. Syarikat DJI dijangka akan melancarkan model ini di New york hari ini.

Beza antara dua drone ini adalah kameranya. Kita boleh mengagak yang kebanyakan ciri ciri mavic 2 ini adalah sama. Mavic 2 pro akan menggunakan camera Hasselblad dengan sensor  cmos bersaiz 1 inci. That akan menyokong profile warna sehingga 10 bit. Spesifikasi ini menunjukkan bahawa kamera ini boleh merekod 4 kali ganda lebih warna dalam setiap channel, berbanding camera mavic sebelum ini. Kelebihannya? kita boleh membuat color grading yang lebih baik dengan julat modifikasi yang lebih besar.

Mavic 2 Zoom pula dikatakan akan mempunyai sensor yang lebih kecil iaitu 1/2.3 inci saja. Akan ttetapi kamera ini akan menjadi kamera pertama memberikan kemudahan zoom kepada pengguna, iaitu 24-48mm secara optikal.

Kedua dua drone akan mempunyai minit penerbangan yang sama iaitu 31 minit, dengan kelajuan maksima 45mph. Drone ini juga mampu menyampaikan video secara live kepada operator dari jarak sejauh 5 batu atau lebih kurang 8 kilometer pada 1080p resolusi.

Anti kemalangan pada 360 darjah juga dibina didalam drone ini, bersama teknologi tracking dji yang terkini. DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 zoom drone akan dilancarkan hari ini 4

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 zoom drone akan dilancarkan hari ini 5

 

Share with your friends: