Pendapat ini adalah pendapat peribadi. Saya mungkin betul.. saya mungkin salah. Tapi ini sekadar pendapat peribadi saya. Pada saya, bidang fotografi ni bukanlah satu bidang yang baik untuk dipelajari secara sepenuh masa hari ini.

Jika anak saya ingin mempelajari fotografi hari ini, saya amat menggalakkan. Tapi untuk shortcourse saja.  Jika beliau ingin mengambilnya sepenuh masa, saya akan cuba ubah fikirannya.

Saya prefer anak saya belajar kemahiran yang lebih sukar, contohnya kearah kedoktoran, perniagaan atau pengurusan, engineering, arkitektur, programming, electronic atau chemistry.

Atau, memasak sekalipun.

Saya teringat bertahun tahun dulu ada seseorang yang minta pandangan tentang perkara ini. Beliau tanya, perlukah beliau berhenti course yang beliau ambil sekarang untuk jalankan perniagaan fotografi. Saya kata jangan, lebih baik jadi photographer yang ada ijazah dalam sesuatu berbanding photographer yang tiada ijazah.

Hari ini pun ada seorang ibu telefon dan minta pandangan saya. Saya jujur katakan saya pun takkan galakkan anak saya ambil bidang fotografi. Padahal saya adalah seorang jurufoto yang menjalankan perniagaan fotografi secara professional.

Ini kerana saya berpendapat fotografi bukanlah satu bidang yang sangat sukar dikuasai. Malah disekeliling kita, ramai pakar fotografi yang datang dari bidang lain. Mereka menjadi pakar fotografi walau tidak pernah join satu kursus pun.

Dan ramai jurufoto handalan yang mempunyai ijazah atau kelulusan fotografi hari ini, sudahpun out of business.

Di dalam business fotografi hari ini, jika anda mahu menjadi tauke, anda perlu anda ada ilmu perniagaan, pemasaran, atau pengiklanan. Anda tak perlu ada kamera atau skill fotografi pun. Jurufoto boleh dicari bersepah merata rata. Anda boleh iklan mencari fotografer di facebook dan mendapat ratusan reply dari jurufoto dengan harga yang bermacam macam. Ada murah dan mahal.

Realitinya, ramai jurufoto memilih menjadi broker untuk mengambil double booking atau triple booking, kemudian hire teman teman fb photographer melalui iklan mencari jurufoto. Dan surprisingly, berapa pun rate yang anda cari, RM150 sekalipun akan ada photographer yang melihatnya sebagai satu peluang keemasan. Jadi jurufoto lintah darat ini dapat keuntungan berlipat ganda tanpa perlu employ staff, belikan kamera, fikirkn transport, editing atau kwsp…

Memang benar ada jurufoto yang masih mampu mendapat rate ribuan ringgit. Yes, masih ramai juga. They are the best of the best. Hukum 80-20 mengatakan… cuma 20% yang akan excel dalam satu bidang. 80% adalah mediocre.

Jika anda berada dalam golongan 80%, jgn haraplah anda nak mendapat rate yang tinggi.

To be 20%, anda kena ada talent, kena exceptional, kena kerja kuat. kena kuat belajar, Dan Perlukan masa. Anda juga perlu ada daya kreativiti yang tinggi serta networking yang kuat. Dan these day, marketing dalam media social juga sangat penting. Jika anda mampu membawa karakter bodoh bodoh sikit, macam kebanyakan jutawan kosmetik buat, insya allah mudah nak terkenal. Kalau anda mampu bawa karakter pondan pondan sikit yang ariff syukri buat, mudah anda nak terkenal. Atau anda mungkin mampu contohi sesetengah photographer yang suka buat kontroversi dengan claim dirinya jutawan, mencaci tanah suci mekah atau banyak lagi. Tapi dalam masa sama memijak jurugambar jurugambar lain dengan mengambil kesempatan kepada mereka. Bila dikecam, beliau akan tunjukkan amal kebajikan yang beliau buat. Bad publisiti will help with the traffics. Amal kebajikan yang sentiasa dipertontonkan, sentiasa boleh bantu untuk jual something.

Jika anda biasa biasa saja, menjadi jurufoto yang tak terkenal sebenarnya sukar nak dapat pendapatan tinggi secara constant. Menjual nasi lemak di tepi jalan mungkin memberikan pendapatan lebih banyak dan terjamin jika anda terdiri dalam golongan yang 80% itu.

Ramai photographer yang banyak job dulu, hari ni menjual insuran, menjual water filter, jadi agent property.. macam macam lagi.

Ini zaman, perkongsian secara visual sudah boleh dibuat melalui facebook live, bigo live, malah youtube live. Perkongsian cara ini sangat cepat, berbanding nak ambil gambar dengan kamera, nak print, nak buat buku. People want to share with family and friends, shooting with cameraphone dan terus upload ke media social adalah murah, pantas dan risk free. Demand kepada photographer hari ini tidaklah sekuat dulu kerana ramai yang shoot pakai huawei p20 boleh dapat result yang cantik, at least they think cantik.

So fikir balik jika anda nak belajar 2-3 tahun untuk menjadi photographer.

Saya mungkin akan dikecam oleh jurugambar lain kerana mengeluarkan statement macam ini. Tapi ini hakikat. Semua orang dengan kamera adalah photographer hari ini. Anda boleh lihat dalam media social lambakan gambar. Anda mungkin cakap tak berkualiti, tapi people always prefer cheap/easy/fast/secure berbanding harga. At least 80% adalah begitu.

Bila kita stucked dengan satu sentimen, kita tak boleh move on. Kalau kita nak memikirkan persoalan ini, kita kenalah pertimbangkan decision untuk belajar bertahun tahun untuk menjadi photographer. Esspecially jika anda parent yang terpaksa membantu anak anak buat keputusan.

Bagaimanapun, jika anda memang bercita cita menjadi pengamal media secara professional mungkin perlu belajar di tempat yang betul. Walaupun ramai je international photographer yang tak pernah masuk course photography pun. Tapi at least anda focus pada satu matlamat anda.

Dan akhir kata, rencana ini bukan bermaksud, jika anda nak jadi photographer, anda tak perlu belajar fotografi. Tidak… maksudnya saya tidak berpendapat anda perlu masuk course jangka panjang, itu saja. Still kena belajar jika betul betul minat fotografi. Tapi ianya boleh dipelajari secara separuh masa atau secara sendirian. But of course, short course dan sesi praktis yang saya selalu sediakan will help, dan mungkin mempercepatkan perjalanan anda.

 

 

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih