Kamera hari ini mempunyai kecanggihan teknologi dan menawarkan pelbagai fungsi. Selain kecanggihan ini, setelah hampir 200 tahun teknik fotografi yang pertama mula ditemui, manusia juga telah menemui banyak teknik-teknik baru di dalam merakamkan imej disekelilingnya dengan pelbagai cara. Manusia semakin pantas dan cekap dalam tugasan merakam gambar.

Bagaimanapun, walaupun teknologi telah amat canggih, masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari oleh para pengguna kamera supaya mereka dapat merakam imej dengan baik. Sebaik mana pun peralatan yang digunakan oleh seorang jurugambar, gambar tersebut tetap hasil dari keputusan kreatif dan pertimbangan minda jurugambar itu sendiri. Dengan itu, adalah penting untuk seorang jurugambar mengetahui dan memahami teknik-teknik yang betul dalam proses fotografi.

Terdapat pelbagai jenis kamera dipasaran hari ini. Kamera-kamera ini menawarkan fungsi dan ciri-ciri yang berbeza. Antara jenis-jenis kamera yang anda boleh temui dipasaran adalah:

  • Kamera kompak
  • Kamera Digital SLR
  • Kamera Filem
  • Kamera Rangefinder
  • Medium Format camera
  • Kamera aksi Seperti Go Pro
  • Large Format Camera
  • Kamera Drone
  • Binocular camera
  • Video Camcorder
  • Polaroid Instant Camera
  • Spy Camera

Kebangkitan Zaman Kamera Telefon

Tidak dinafikan pada satu masa dahulu, kamera digital SLR sangatlah diminati dan digunakan dengan meluas. Tetapi hari ini adalah zaman kamera telefon. Bukanlah saya maksudkan yang kamera dslr ni dah luput, akan tetapi, kita kenalah menerima hakikat yang fotografi hari ini tidak lagi eklusif untuk pemilik kamera slr.

huawei p20 pro smartphone malaysia harga paling murah

kamera telefon seperti huawei p20 mempunyai kualiti gambar yang terbaik

Jika setahun dua dahulu, kamera telefon terbaik hanyalah pada telefon telefon mahal dengan harga dua ribu atau tiga ribu keatas, hari ini, pada masa saya  menulis, kita sudah boleh melihat kamera kamera dengan kualiti yang baik telah dipasang pada kamera kategori pertengahan seperti vivo v9, oppo f7, huawei nova 3e dan sebagainya.

Malah saya boleh katakan yang kamera pada telefon entry level seperti xiaomi redmi s2 dan kamera redmi 5 juga boleh menghasilkan gambar dengan kualiti yang baik.

Pengaruh media social seperti instagram dan facebook kepada fotografi

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih