Di dalam kebanyakan potret, semestinya akan ada sekurang-kurangnya satu atau lebih sumber cahaya yang jatuh kepada subjek. Terpulang kepada anda untuk mengawal karakter setiap sumber cahaya, samada dari segi arah, intensity atau kualitinya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi kepada anda, beberapa fungsi-fungsi cahaya yang penting dan wajib diketahui apabila merakam gambar potret.

Setup untuk Penataan dengan pelbagai sumber cahaya
Source : Studio rental oleh syarikat brakepad – Quantum

 

Main Light (key light)

Main light adalah cahaya utama yang memberikan subjek anda satu kecerahan pada kawasan yang utama utk dipaparkan. Selalunya main light digunakan pada wajah subjek. Main light boleh terdiri dari satu sumber cahaya, atau pelbagai sumber cahaya. Adalah amat penting seseorang jurufoto yang berkerja secara professional untuk mahir dalam proses menentukan karakter main light ini. Anda juga perlu mahir mengubahsuai dan juga berkerja dalam pelbagai keadaan cahaya dan mampu menghasilkan hasil yang kreatif dengan baik.

Main light jatuh pada subjek secara lembut.  Canon EOS 70D. f/8, 70mm, 1/125s. iso125

Shoot for Tanya Sama Hati.

Fill Light

Fill light mengisi cahaya dalam ruang yang berisi bayang bayang. Fill light menambah cahaya supaya ruang itu tidak terlalu gelap sehingga tiada detail kelihatan

Main light di sebelah kiri. Sedikit fill light dikenakan kepada wajah sebelah kanan supaya tidak terlalu gelap. Gambar adalah Straight out of camera, tak ada retouching

 

Background Light

Bila kita membuka sahaja main light, jumlah cahaya yang jatuh pada subjek akan memberikan perbezaan antara subjek dengan latarbelakang dari segi kecerahan. Latar akan kelihatan gelap. Jika anda menggunakan latar yang gelap,  rambut atau baju hitam selalu akan sebabkan subjek tenggelam. Oleh itu adalah penting untuk kita menambah background light supaya kita dapat melihat perbezaan subjek dengan latar belakang.

Subjek dengan colored background light. Gambar adalah Straight out of camera, tak ada retouching

Selain 3 diatas, ada beberapa fungsi lighting lagi yang kita boleh gunakan untuk menambahbaikkan portret kita. Insya Allah saya akan kongsikan setiap detail tentang fungsi ini didalam Bengkel Penataan Cahaya Studio yang akan datang, disamping mengajar anda secara praktikal setiap fungsi ini. Sekiranya anda seorang jurugambar professional (mendapat pendapatan dari menjual perkhidmatan mengambil gambar), maka wajib untuk mengenali semua fungsi ini. Jika ini pertama kali anda mendengar tentang fungsi lighting diatas, anda wajib hadiri kursus saya kerana ada banyak lagi fungsi yang perlu kita ketahui sebelum menggelar diri kita jurugambar dan cuba yakinkan pelanggan yang kita telah tahu serba serbi tentang fotografi.

 

 

 

Daftar Kursus Fotografi Lanjutan - Lighting

Share with your friends:
  • 40
    Shares