Posted on Leave a comment

Teknik Lighting – Hard light vs soft light

Teknik Lighting - Hard light vs soft light 1

HARD LIGHT sentiasa menghasilkan texture yang kasar dan keras, manakala SOFT LIGHT sentiasa menghasilkan texture yang lembut.

Sebagai contoh, mari kita lihat contoh ini.

Teknik Lighting - Hard light vs soft light 2
Hard light

Gambar diatas menggunakan sumber cahaya yang keras. Jika kita perhatikan, texture rambut kelihatan sangat keras dengan contrast yang tinggi. Rambut kelihatan kusut dan highlight pada rambut juga kelihatan tidak menarik.  Sekarang kita perhatikan pula gambar yang diambil dengan soft light

Teknik Lighting - Hard light vs soft light 3
Softlight

Sekarang bila kita perhatikan imej ini, kita dapati rambut telah menjadi lebih kemas, lembut dan menarik berbanding gambar diatas.

HARD LIGHT tak sepatutnya digunakan untuk sebarang gambar jenis beauty. Ia boleh digunakan untuk fill in shadow tetapi sifat hard light akan sentiasa menampakkan sebarang surface yang bertekstur dengan quality yang tidak menarik. Dalam beauty lighting, samaada lelaki atau perempuan, apalah gunanya mereka menggunakan shampoo, moisturizer, pencuci muka dan makeup sekiranya wajah mereka kelihatan sangat bertekstur dan kasar.

Benar Hard light boleh digunakan dalam sesetengah gambar, contohnya untuk gambar gambar yang ingin menunjukkan kekuatan seperti atlet atau gambar aksi. Tetapi sangat penting untuk kita tahu bagaimana mengawal kekuatan hard light dan memahami kesannya kepada elemen visual seperti shape, form, line, color dan texture. Perkara perkara ini saya sentiasa tekankan secara terperinci dalam Kursus-kursus fotografi saya. \Peserta akan dibawa untuk memahami setiap satu perkara yang penting dalam topik lighting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *