Berikut adalah laptop high end atau berkemampuan (berkelajuan) tinggi yang merupakan pilihan saya berdasarkan beberapa kriteria penting….

  1. Mobility. Mestilah mobile, kerana hari ini, kita boleh dapatkan performance yang baik walau untuk bergerak. Tidak lagi video editor terkongkong dalam bilik dirumah dengan desktop yang besar gedabak. Dan kita mestilah boleh kerja on location… boleh terus transfer footage, backup dan boleh terus edit video jika diperlukan. Berita baiknya adalah, laptop high end hari ni tak adalah berat sangat. kita boleh dapat 17inch laptop dibawah 3kg sekarang.
  2. Harga bawah RM10k. Bila sebut high end, harga laptop boleh cecah sampai 30-40k… kita tak mahu pergi kearah tu kerana dalam masa 3-4 tahun, technology baru muncul dan kita mungkin perlu upgrade lagi.
  3. Kalau boleh nak 2 harddisk, NVME untuk main system dan sekurang kurangnya SATA untuk storage. Saya juga tetapkan first harddisk mestilah sekurang-kurangnya 256GB nvme m.2. Saya merasakan 128gb adalah terlalu sedikit kerana kalau kita install os, office, adobe, lumion , revit dan sebagainya.. kita akan tinggal 30-40gb untuk cache dan sebagainya. Ini adalah tidak mencukupi. Dalam sekelip mata kita akan tinggal 1-2gb saja. Jadi lebih baik ambil lebih besar dari 256gb untuk kemudahan kita sendiri. Tapi kalau xde extra harddisk, laptop tu mestilah ada storage at least 512Gb. Dan untuk backup mungkin kita boleh guna External SSD harddisk untuk portable backup.
  4. Minimum 16GB Ram. 8GB terlalu sedikit untuk multitasking perisian perisian yang berat seperti ae dan premiere.
  5. CPU multicore tetapi dengan single core Ghz tertinggi. AE dan Premiere sangat memerlukan cpu dengan gigahertz yang tinggi. Jadi intel 8th atau 9th generation adalah pilihan terbaik pada 2019 ini.
  6. Graphic card terkini dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya element3d. Saya mendapati onboard vga adalah tidak mencukupi untuk menjalankan kerja 3d. Malah GTX 1050 2GB sendiri adalah terlalu rendah untuk menjalankan proses 3d yang simple seperti saber.
  7. Ketahanan. Binaan laptop yang tahan itu adalah amat penting. Kita tak nak binaan yang rapuh… bawak sana sini nanti terkopak mana mana part.

 

PILIHAN LAPTOP BERKELAJUAN TINGGI

Pilihan Utama saya.. Pada saya, ini adalah best value dari segi harga, performance dan kemampuan jangka panjang. Jika anda rasa nak ram lebih, tambah beberapa ratus lagi untuk tingkatkan ram dari 16Gb kepada 32GB.

Asus ROG Strix Scar II GL704G-VEV028T 17.3″ FHD Gaming Laptop (i7-8750H, 16GB, 512GB, RTX 2060 6GB, W10)

 

 

Asus ROG Strix Scar II GL704G-VEV028T 17.3″ FHD Gaming Laptop (i7-8750H, 16GB, 512GB, RTX 2060 6GB, W10)

Product details of Asus ROG Strix Scar II GL704G-VEV028T 17.3″ FHD Gaming Laptop (i7-8750H, 16GB, 512GB, RTX 2060 6GB, W10)

  • Intel® Core™ i7-8750H Processor
  • 16GB DDR4 2666Mhz SDRAM
  • 512GB M.2 PCIe Gen3x2 SSD
  • NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 6GB GDDR6 VRAM
  • 17.3-inch Non-glare Full HD (1920×1080) IPS-level panel, 144Hz, 3ms, 100% sRGB
  • Windows 10 Home
  • 2 Years Asus Global Warranty
  • Free ROG backpack

    RM6999

 

 

Pilihan Kedua Saya

LENOVO Legion Y740 (17) Gaming Laptop

  • Intel Core i7-8750H Processor (9MB Cache, up to 4.10 GHz)
  • 16GB DDR4 2666Mhz SDRAM
  • NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 6GB GDDR6 VRAM
  • 17.3-inch Non-glare Full HD (1920×1080) IPS-level panel, 144Hz, 3ms, 100% sRGB
  • Windows 10 Home
  • 1TB 7200rpm hard drive and 256GB NVMe solid state drive

RM8500++

Lenovo Legion Y740

 

Share with your friends:
  • 24
    Shares