Assalamualaikum wbt.

Setelah artikel laptop utk editing, saya menerima banyak pertanyaan tentang komputer bajet yang sesuai untuk memulakan kerja editing fotografi. Berikut adalah komputer yang sesuai dan cukup laju untuk proses editing.

 

CPU – AMD RYZEN 5 2400G, RM650
Saya menyarankan komputer dengan CPU AMD ryzen 2400G. CPU ini bukan saja mempunyai kelajuan yang baik, tetapi juga memiliki graphic processor terbina dalam yang cukup baik untuk melaksanakan kerja photoshop.

Motherboard – Asrock A320M-HDV R4.0 – RM170
Motherboard ini mempunyai keupayaan yang asas untuk menyokong pelbagai fungsi komputer yang mencukupi untuk proses editing. Sekiranya anda tidak mempunyai cadangan untuk upgrade ke peringkat yang lebih tinggi, maka motherboard ini sudah amat mencukupi.

RAM – Kingston 8GB DDR 4 2666Mhz – RM190
RAM merupakan satu komponen yang boleh ditingkatkan dengan mudah pada bila masa masa. Anda boleh memulakan PC anda dengan 8GB terlebih dahulu. Jika ada bajet lebih saya sarankan terus dapatkan 16GB DDR4 dengan harga RM400. 8GB adalah sangat cukup cukup makan untuk editing hari ini. Lagi pula 2gb akan ditolak untuk graphic card. Jadi meningkatkan kepada 16GB adalah sangat disyorkan.

SSD – Kingston SSD A400 SATA 2.5″ 480GB- RM250
SSD merupakan sistem storan untuk operating sistem windows dan data data anda. Saya tidak menyarankan m.2 series kerana pada saya kelajuan ssd sata kini adalah nilai terbaik untuk komputer asas.

Casing – Sebarang ATX casing dengan power supply. – RM150
Banyak kedai akan menyarankan anda power supply high end. Anda tidak perlu power supply sebegini untuk basic system. Tanyakan casing asas dengan power supply tersedia.

Keyboard dan mouse – Logitech wireless – RM80
Saya menyarankan logitech keyboard dan mouse dengan single USB adapter. Anda boleh menjimatkan usb port untuk kegunaan lain.

 Monitor – AOC E2270SWHN LED Monitor – RM310
Monitor ini adalah yang paling murah untuk saiz 22inci. Ianya ok untuk kegunaan editing.

Harga anggaran keseluruhan sistem ini adalah RM1800.  Jika anda memilih untuk memasang ram 16GB, keseluruhan anggaran adalah RM2000.

Anda boleh meminta kedai yang membekal semua peralatan ini untuk memasangnya sehingga hidup. Elakkan memasang sendiri untuk jimatkan masa dan untuk elak kesilapan dan short circuit (yes, kadang kadang saya pun kena). Ianya lengkap kecuali windows 10 dan perisian perisian lain. Windows dan perisian boleh diinstall sendiri dengan sedikit “research” diyoutube. Atau anda boleh minta kedai untuk memasang windows, dengan syarat anda beli lesen window original. Windows 10 home edition 64bit adalah sudah memadai (harganya RM400++).

Komputer ini juga sesuai untuk anak anak bermain game, belajar asas programming, editing dan sedikit asas after effects. Sekiranya anda upgrade dengan graphic card yang baik seperti GTX 1060 6gb, komputer ini akan menjadi komputer yang sangat baik untuk gaming dan sebagainya.

Jika anda perlukan bantuan untuk pemasangan perisian dan sebagainya, anda boleh hubungi kami.

 

 

 

Share with your friends: