Kursus Fotografi & Videografi majlis rasmi utk syarikat & jabatan kerajaan

Kursus ini telah dijalankan pada 12-14 Disember 2017 yang lalu, di pusat latihan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

PHB adalah sebuah syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, diasaskan pada 8 may 2006 dengan diterajui oleh Datuk Kamalul Arifin Othman yang berpengalaman luas dalam bidang property investment, management dan development. PHB telah dibina khas untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan bumiputera dan kini telah mempunyai 22 property seperti NU Sentral, Empire Tower, Dataran PHB dan dengan asset berjumlah lebih RM10 billion.

Outdoor praktikal pun ada

 

Gigih mencuba

Kursus fotografi dan videografi ini adalah cadangan Datuk Kamalul sendiri dimana beliau mahukan kakitangan-kakitangan PHB mempunyai kemahiran dan kemampuan dalam menghasilkan foto dan video yang menarik supaya boleh digunakan untuk pelbagai dokumentasi dalam PHB.

 

Teknik fotografi penyampaian hadiah

Kursus ini dihadiri oleh hampir 20 kakitangan Pelaburan Hartanah Berhad termasuk beberapa Head of department dan senior managers. Syarikat kami juga telah menyediakan 18 unit kamera DSLR berserta Flash utk kegunaan peserta selama 3 hari.

Didalam kursus ini, kami telah melatih peserta dengan teknik teknik asas fotografi, komposisi, teknik fotografi arkitektur, lighting, portrait, teknik wawancara, group photo, event photography, editing dan drone photography.

Background tu kami google je kat internet… pinjam ye… UMP.. 🙂

Kursus ini telah mendapat penglibatan penuh dari setiap peserta dan di akhir aturcara, telah mendapat feedback yang sangat baik dari peserta dan ketua-ketua department. Selain itu, kami juga masih aktif dalam group whatsapp khas untuk membantu kakitangan PHB yang masih ingin bertanya dan mendapatkan komen dalam teknik teknik fotografi sehinggalah ke hari ini.

Sekiranya jabatan anda memerlukan kursus fotografi yang benar benar boleh membantu mengikut konteks yang anda perlukan, anda boleh terus menghubungi saya melalui talian 013 3173128 atau terus emailkan saya di adhadi@gmail.com.

Insya Allah kami boleh menjalankan kursus tersebut dengan efektif, dalam bajet dan tempohmasa yang diperlukan, dan memberikan sokongan khidmat nasihat jangka panjang kepada kakitangan anda, supaya boleh menghasilkan foto dan video yang baik dan menarik.

 

Share with your friends: