Assalamualaikum wbt.

Ramai yang tertanya tanya tentang lensa yang sesuai untuk merakam gambar perkahwinan. Ye la, ramai yang bercita cita nak jadi jurugambar kahwin, walaupun tak pernah attend kelas dan takde idea pun apa ilmu yang penting yang perlu ada dalam dada sebelum menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, tapi sekurang kurangnya confident tu dah ada. Hehe.. takpe, semua orang kena start somewhere.

So kat sini saya cuba listkan juga apa lens lens yang biasanya dipakai oleh top-top photographer

Lensa 1: kategori General zoom (range 17mm – 70mm)

Lensa kategori ini sangat penting kerana ia adalah focal length yang sesuai untuk kebanyakan scene. Dan saya bukanlah maksudkan lensa sigma 17-70 2.8-4 DC, tapi apa apa zoom lens yang berada dalam kategori ini.

Lensa yang saya cadangkan, jika anda cuma boleh pilih satu, adalah LENSA 24-70mm f2.8.

Anda boleh temui lens ini dibekalkan oleh Nikon, canon, sony, sigma dan tamron. Lens ini memang sangat popular dengan kualiti yang terbaik.

Kenapa lens ni saya pilih terbaik? sebenarnya ada beberapa sebab.

  1. Lensa lensa ini sangat sharp, dengan warna dan contrast yang sangat menawan
  2. Aperture tetap pada 2.8 maksimum adalah sangat membantu untuk isolate subject dari latar belakang
  3. Pantas autofokusnya
  4. 24mm pada badan kamera full frame memberikan field of view pada kadar wide angle yang sesuai untuk kebanyakan gambar event
  5. 70mm pada badan full frame memberikan telefoto yang sederhana dan sesuai untuk portrait. Walaupun saya prefer 85mm untuk meminimumkan perspective distortion pada wajah, tapi 70 pun ok je.
  6. 70mm pada badan crop sensor memberikan field of view yang sesuai untuk portrait.

Lensa alternative yang lebih Murah utk kategori ini

Lens diatas memang sangat mahal dan banyak digunakan oleh professional. Mungkin ada yang baru bermula jadi dan bajet pun tak berapa ada. Jadi untuk yang menggunakan badan kamera entry level, anda boleh menggunakan lens alternative yang jauh lebih murah seperti:

  1. Tamron 17-50mm f2.8
  2. Sigma 17-50mm f2.8 EX DC OS HSM
  3. Canon 24-105mm f4L IS
  4. Nikon 24-120mm f4g ED VR Nano

Lensa 2 – Kategori TELEFOTO ZOOM (range 70-200)

Sekiranya anda ada bajet lagi, lensa kedua yang saya cadangkan untuk anda gunakan adalah Lensa 70-200 f2.8 yang semestinya sudah menjadi pilihan lens kedua bagi kebanyakan jurufoto. Dengan menggunakan gabungan 24-70mm dan 70-200mm, sesungguhnya anda dah boleh cover almost semua kreativiti yang diperlukan dalam kebanyakan event photography termasuk wedding.

Lensa 70-200 bukan saja digunakan untuk zoom subjek yang jauh, tapi sangat penting untuk menghasilkan portrait tanpa distortion yang akan menampakkan subjek lebih natural dan relak.

Focal length ini juga akan membantu kita zoom out pada latarbelakang dan seterusnya dapat memilih kawasan yang lebih baik.

Focal length yang lebih tele, akan membantu menjadikan background lebih out of focus, blur atau berbokeh. Anda boleh membaca tentang depth of field  disini.

Lensa 70-200 f2.8 telah menjadi premium lens bagi semua pengeluar kamera. Tak kira nikon, canon atau sony, hampir semua lensa 70-200 mereka adalah amat sharp, fokus dengan laju dan memberikan kualiti gambar yang terbaik. Oleh sebab itu, lens ini memang amatlah mahal.

Hari ini kita boleh mendapatkan lensa 70-200 dari pengeluar third party seperti sigma dan tamron dengan kualiti yang hampir sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Saya mendapati tamron lens hari ini sudah mempunyai kualiti pro yang diperlukan jurufoto berbanding lens lens lama mereka.

Lens wide angle dan prime juga sebenarnya ada nilai yang tinggi dalam wedding photography. Insya Allah kita akan update lagi artikel ini dimasa akan datang untuk kongsi tentang wide angle dan prime.

 

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih