Maxis telah mengwar-warkan pelan Internet fiber termurah mereka yang boleh dilanggan pada harga RM89 sebulan , dan ianya adalah tanpa terma & syarat yang mengarut seperti unifi. Tawaran ini adalah sangat dialu-alukan dan lebih mampu milik berbanding rate sekarang yang harganya teramatlah tinggi.

Pelan yang dikenalkan oleh maxis itu berada dalam kategori produk MaxisOne Home Fibre.

Yang menariknya pelan ini adalah Maxis kini miliki pelan Internet fiber pada harga kurang daripada RM100. Dengan komitmen bulanan RM89/bulan, anda menikmati akses internet sepantas 30Mbps tanpa had.

Jika 30Mbps tidak cukup pantas, anda boleh memilih untuk melanggan pelan 100Mbps dengan komitmen bulanan RM129. Dengannya, anda beroleh kuota serta kemudahan panggilan tanpa had untuk digunakan.

Produk yang sama turut disediakan untuk pelanggan perniagaan pada harga seperti berikut:

  • 30Mbps – RM99/bulan
  • 100Mbps – RM139/bulan

Berbanding pelan untuk kediaman, pelanggan pelan perniagaan menikmati servis tambahan seperti ciri “Always-On” untuk memastikan keberlangsungan perniagaan mereka.

Kemudahan sokongan Maxpert turut disediakan untuk membantu pelanggan mengenal pasti masalah yang melanda sambungan Internet mereka.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan MaxisONE Home Fiber boleh malakukan pendaftaran di laman web produk. Maxis akan mula pergi ke premis pelanggan bermula 13 September 2018 untuk melakukan pemasangan.

Saya sendiri telah membuat tempahan untuk menukar dari unifi kepada maxisone ni.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih