Assalamualaikum. Hari ini saya nak share sedikit tentang terma terma pada speedlite kita yang mungkin masih ramai yang keliru

Guide Number (GN)

GN adalah nombor panduan yang menunjukkan keupayaan flash untuk menerangkan subjek pada spesifik ISO dan angle of view. Nombor yang lebih tinggi menunjukkan keupayaan flash yang lebih tinggi. Untuk Nikon SB700, GN unit ini adalah 28m/92feet pada ISO 100, 35mm zoom head position pada fx format. Apabila memilih flash, sangat penting anda mendapatkan guide number yang tertinggi. Akan tetapi, berhati hati apabila mendapatkan flash murah dan jgn terpedaya dengan guide number yang diberikan kerana selalunya guide number mereka adalah tidak tepat.

 

Angle of Coverage

Maksudnya, flash boleh ditalakan untuk bukaan luas atau kecil bergantung kepada focal length yang anda pilih. Flash mampu memberikan bukaan sudut 24mm hingga 200mm akan tetapi tidak semua flash mampu pergi hingga 200mm. Seperti nikon SB700 hanya mampu pergi kepada 120mm dan Nikon SB910 mampu buka hingga 200mm.

Bounce Function

Kebanyakan waktu kita akan bergantung kepada teknik bounce ke siling atau dinding untuk melembutkan sumber cahaya, terutamanya dalam situasi potret. Flash yang mampu dipusingkan kepalanya hingga 360 darjah dan ditundukkan hingga 90 darjah boleh membantu kita menjalankan proses bounce dengan efektif. Sesetengah flash perlu dipusingkan pada sudut tertentu supaya kita boleh mencapai fungsi bounce yang sesuai. Lebih fleksibel kepala flash itu, lebih mudah untuk kita membuat kerja.

Tilt function, bermaksud cahaya boleh dipantul ke dinding atau ke siling

Minimum Recycle times

Recyle times adalah masa yang diperlukan oleh flash untuk kembali kepada full power setelah tembakan cahaya dibuat. Perkara ini amat penting terutamanya untuk jurugambar yang membuat high speed shooting, macam wedding atau sport event. Menembak pada kekuatan penuh akan memerlukan masa recyle yang lebih lama. Untuk SB700, recycle times adalah 2.5 saat bila memakai AA alkaline 1.5v battery dan 3.5 second dengan lithium batteri, dan 2.5 second dengan NiMH battery (2600mAh).

Flash seperti Godox V860II menggunakan battery 22v dan mempunyai recycle times serendah 0.5 saat.

Flash Exposure Compensation Settings

FEV adalah fungsi standard untuk kebanyakan flash hari ini.  Bagaimanapun terdapat juga flash seperti nissin lama yang sukar dimengertikan cara menggunakan FEV-nya.

Flash Exposure Compensation

Hyper sync speed

Kebanyakan dslr, shutter speed maksimum dimana keseluruhan sensor exposed pada satu masa adalah 1/200s. Ada juga yang lebih sedikit macam Nikon D810 iaitu 1/250s.  Masalah timbul bila kita nak gunakan shutter speed lebih laju dari 1/200s ni, dimana cuma sebahagian sensor saja nampak terang. HSS atau hyper sync speed adalah keupayaan flash untuk dipancarkan pada tempoh yang lebih lama, supaya sepanjang bukaan shutter speed itu, keseluruhan sensor akan dapat kesan flash tersebut.

Front curtain Sync

Flash menyala pada detik pertama shutter dibuka.

Rear Curtain Sync

Flash menyala pada detik flash akan ditutup.

Slow sync

Flash menyala waktu shutter dibuka perlahan. Pemilihan lepasan flash adalah samada front atau rear curtain.

 

Share with your friends:
  • 34
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih