Sharpness atau ketajaman adalah kualiti bentuk dan rupa didalam gambar. Sebuah gambar yang sharp mempunyai garis garis bucu pada bentuk yang cukup jelas.

Untuk memahami sharpness, anda boleh cuba perhatikan grafik dibawah.

memahami sharpness dalam gambar

gambar yang sharp dan tidak

Jika anda perhatikan pada setiap elemen wajah seperti mata dan bibir, ianya dibentuk oleh garisan garisan yang membentuk garisan bentuk mata, garisan yang membentuk bibir dan sebagainya. Garisan ini perlulah Nampak sharp didalam gambar. Garisan-garisan inilah antara salah satu maklumat didalam gambar potret. Sekiranya kita bekerja dalam dunia visual, samada dalam dunia lukisan, fotografi, grafik editing dan animasi, memahami garis, bentuk, dimensi adalah perkara yang paling asas perlu difahami.  Tanpa pengetahuan ini, anda boleh diibaratkan cuba memasak tapi masih tak dapat memahami apa fungsi fungsi bahan dalam masakan.

Ketajaman juga perlu disemak pada bahagian permukaan wajah. Setiap tekturs pada wajah akan mendefinasikan rupa seseorang. Ada wajah yang mempunyai kulit licin dan ada yang kasar. Setiap orang mempunyai teksture yang berbeza-beza.

Share with your friends:
  • 70
    Shares